Seronoknya Bawa Anak-anak Shopping Buku di BIG BAD WOLF , Kuala Terengganu

Seronoknya Bawa Anak-anak Shopping Buku di BIG BAD WOLF , Kuala Terengganu



Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf bakal kini di Terengganu. Jualan Buku selama 11 hari ini bermula pada 8 hingga 19 Ogos 2019, mulai jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengah malam kecuali pada 11 Ogos di mana Jualan Buku Big Bad Wolf akan ditutup sempena Hari Raya Aidiladha. Jualan Buku berkenaan akan diadakan di Mydin Mall, Gong Badak, Terengganu dan kemasukan adalah PERCUMA!


 Big Bad Wolf Books terkenal sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf menyediakan buku-buku dengan menawarkan harga terendah serta diskaun sebanyak 75% hingga 95%. Matlamat utama Big Bad Wolf adalah untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat dengan memberi kemudahan dan akses bahan bacaan pada harga mampu milik. 

Jualan Buku ini menawarkan pelbagai buku daripada pelbagai kategori, termasuk buku jualan terlaris, fiksyen dan bukan fiksyen, fiksyen remaja, serta pelbagai koleksi buku kanak-kanak. 

Jualan Buku terunggul ini diadakan oleh pengasas BookXcess, Andrew Yap dan Jacqueline Ng, dan ia telah menjadi satu acara tahunan yang istimewa di Kuala Lumpur, Malaysia sejak tahun 2009. Jualan Buku besar-besaran ini telah merentasi bandar-bandar di Malaysia dan di luar negara seperti Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Taiwan dan Dubai, memenuhi permintaan penggemar buku di seluruh dunia.


Ibu bapa juga pasti akan gembira apabila menemui Buku Ajaib yang digabungkan dengan teknologi Augmented Reality (AR) di Jualan Buku Big Bad Wolf Terengganu. Dikenali sebagai pengedar terbesar serta eksklusif Buku Ajaib, ibu bapa boleh menemui pelbagai kisah klasik kanak-kanak seperti Cinderella, Little Red Riding Hood, dan Goldilocks and the Three Bears atau buku-buku pendidikan seperti Let’s Learn Counting dan Let’s Learn ABC di Jualan Buku berkenaan. Kanak-kanak boleh membaca, bermain dan belajar dengan Buku Ajaib ini kerana ia menggunakan teknologi AR yang serba canggih bagi merevolusikan pembacaan untuk si manja anda. 

Menurut Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap. 
“Kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Buku Ajaib menggabungkan pembacaan dan keupayaannya ‘menghidupkan’ cerita yang membolehkan kanak-kanak mengalami keajaiban melihat watak kegemaran mereka bercakap dan berinteraksi dengan mereka. Ini menjadikan pembacaan dan pembelajaran sebagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan,” 

Terdapat beraneka pilihan buku di Jualan Buku Big Bad Wolf dan para pelanggan boleh mendapatkan buku-buku terkenal terbitan Karangkraf PTS, Kualiti Books, serta buku-buku pendidikan daripada Pernerbitan Pelangi dan Sasbadi pada harga yang berpatutan. Terdapat juga pelbagai pilihan novel-novel kontemporari Malaysia oleh Buku Fixi, The Patriots, Iman Publication dan banyak lagi di Jualan Buku berkenaan. Para pengunjung boleh memilih daripada kira-kira 8,000 buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti buku rujukan, novel, buku fiksyen, buku bukan fiksyen, keagamaan dan banyak lagi buku terbitan penerbit tempatan. Di sepanjang tempoh Jualan Buku Big Bad Wolf ini, para pelanggan juga boleh membeli lencana, magnet, kemeja-t dan pelbagai barangan Big Bad Wolf Books yang lain. 



Dalam usaha mencapai matlamat untuk berbakti kepada masyarakat dan memastikan semua orang memiliki sebuah buku, sayap Tanggungjawab Sosial Korporat Big Bad Wolf Books bernama Red Readerhood, telah menjalinkan kerjasama dengan 2 pertubuhan-tanpa-untung iaitu Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma Society) dan Bukan Kerna Nama. Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma) merupakan sebuah pertubuhan yang menyasarkan untuk memberikan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara, dan buku yang dikumpulkan adalah untuk perpustakaan bergerak mereka. Bukan Kerna Nama pula menyasarkan untuk membantu keluarga yang memerlukan di mana buku-buku yang berjaya dikumpul akan diberikan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan di bawah jagaan mereka. Big Bad Wolf Books berikrar untuk menyumbangkan 200 naskah buku bagi tujuan berkenaan. Orang ramai juga boleh memainkan peranan dalam mengubah kehidupan mereka yang memerlukan dengan menyumbang buku yang dibeli di sudut Red Readerhood. 


Jualan Buku Big Bad Wolf menyasarkan untuk menjelajah ke 10 negeri di Malaysia sempena Ulang Tahunnya yang ke-10. Jualan Buku ini telah pun berkunjung ke Pahang, Johor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan akan ke Perak serta negeri-negeri lain dalam beberapa bulan yang akan datang. Dalam tempoh sedekad yang lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf juga menjelajah ke luar negara seperti Myanmar, Indonesia, Pakistan, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu, Korea dan Taiwan. 


Big Bad Wolf Terengganu 2019 


Lokasi: Mydin Mall Gong Badak, Terengganu 

Tempoh Jualan: 8 hingga 19 Ogos 2019 (Kecuali 11 Ogos, Hari Raya Haji) 

Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam 

Masuk adalah PERCUMA! Jom shopping buku murah-murah di Big Bad Wolf!

Ikuti laman sosial Big Bad wolf untuk maklumat lanjut :

Facebook: www.facebook.com/bbwbooks/ 

Post a Comment

3 Comments

Suria Amanda said…
Seronok kan..memang kalau boleh nak habiskan banyak duit kat BBW ni...kalau tak kawal hati memang banyak dah duit habis...macam SA every month memang beli buku kat Popular Book atau MPH
Eina Md Ali said…
Bestnya. Dapat pergi hari-hari pun takpe, hehe :)
Ematunz said…
Tengs sharing sis huda, nice post. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru: ematunz.blogspot.com