Teringin nak Makan Dimsum? Jom makan di All-You-Can-Eat Dim Sum Dengan Masakan Szechuan Di Restoren Cina Tung Yuen

Teringin nak Makan Dimsum? Jom makan di All-You-Can-Eat Dim Sum Dengan Masakan Szechuan  Di Restoren Cina Tung Yuen, Hotel Grand Blue Wave Shah Alam


Assalamualaikum! Happy Monday Morning. Hari ini huda excited nak kongsi satu tempat makan best especially mereka yang suka makan dim sum macam huda! Korang teringin nak makan dim sum yang konfem halal yang di iktiraf JAKIM? Jom baca perkongsian huda ini sampai habis okay!

Di mana nak makan Dim Sum Halal?


Huda nak ajak korang semua sama-sama nikmati keenakan DimSum yang di yakini Halal di Tung Yuen Chinese Restaurant. 

Tung Yuen Chinese Restaurant ialah restoran Cina yang terletak di Aras 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Di sini korang boleh menikmati pelbagai jenis masakan Cina. Restoran ini memperoleh pengesahan rasmi HALAL dari JAKIM pada 1 November 2009.

Maka kita semua boleh makan dengan senang hati dan gembira sebab restoran ini menyajikan 100% masakan Cina yang Halal di Hotel Lima Bintang , yang Pertama di Asia Tenggara yang terakreditasi dengan Mesra Halal. 


Pakej All-You-Can-Eat Dim Sum (AUCE Dim Sum). 


Tung Yuen Chinese Restaurant di Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan pakej baharu All-You-Can-Eat Dim Sum (AUCE Dim Sum). Bagi huda, pakej yang di tawarkan sangat-sangat menarik, sebab dengan satu harga bukan setakat dim sum jer tau kita boleh makan, kita juga boleh nikmati masakan Szechuan dan pencuci mulut. Di Restoren Tung Yuen ini, kita boleh merasai Dim Sum asli yang dihidangkan dalam bakul kukus buluh. 

13 Pilihan Jenis Dim Sum dalam Pakej All-You-Can-Eat Dim Sum (AUCE Dim Sum)


Nak tanya sikit lah, suka kan makan Dim Sum? Tahu tak apa maksud perkataan Dim Sum ni sebenar yer?
Dim Sum bermaksud ‘menyentuh hati’, ia juga merujuk kepada dumpling atau snek kecil lain yang pasti akan menyentuh hati setiap penggemarnya. ( Ohhhh, huda pun baru tahu, selama ni tahu makan jer, hehe.. ) 

Dalam pakej AUCE Dim Sum ini, pelanggan dapat mencuba 13 jenis Dim Sum yang boleh dimakan sepuasnya. Berikut adalah senarai siap gambar lagi bagi korang pun terliur nak pergi makan Dim Sum di Tung Yuen Chinese Restaurant di Grand BlueWave Hotel Shah Alam ni, hehe....

  • Steam Chicken Dumpling with Ebiko, 
  • Fresh Prawn Crystal Dumpling, 
  • Steam Jade Dumpling, 
  • Steam Crabmeat Ball with Crall Roll Dumpling, 
  • Black Mushroom Dumpling, 
  • Steam Jaded Dry Scallop Dumpling, 
  • Steam Flower Prawn Siew Mai, 
  • Steam BBQ Chicken Bun, 
  • Deep Fried Yam Ball, 
  • Deep Fried Vietnamese Spring Roll, 
  • Pan Fried Shanghai Gua Tie, 
  • Deep Fried Beancurd Roll with Spicy Chili Sauce, dan 
  • Steam Glutinous rice with Chicken and Mushroom (Loh Mai Kai). 




Pakej All-You-Can-Eat Dim Sum (AUCE Dim Sum) - Ada Nasi dan lauk ? 

Kenyang ke kalau makan Dim Sum jer? Dah perut orang melayu kan, mesti nak makan nasi jugak kan? Korang jangan risau dalam pakej AUCE Dim Sum ada di sediakan 5 jenis jenis masakan panas yang disyorkan oleh chef-chef iaitu masakan Szechuan , Antara menu yang korang dapat makan adalah : -
  • Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet in Hot Plate, 
  • Braised sliced Top Shell Abalone with Dry Chili and Szechuan Pepper in Claypot, 
  • Pan Fried Prawn with Spicy Szechuan Sauce, 
  • Fried Rice Szechuan Style with Chicken Floss dan 
  • Stir Fried Seasonal Vegetable with Garlic. 

Dim Sum dah ada, nasi dan lauk pun ada, maka pelengkap hidangan pencuci mulut mesti lah ada kan? 
Dalam pakej AUCE Dim Sum ni ada dihidangkan Chilled Longan with Sea Coconut. Tengok gambar bawah ni, memang nampak sedap kan?



Harga Pakej All-You-Can-Eat Dim Sum (AUCE Dim Sum)


Amacam dah cuci mata tengok gambar-gambar Dim Sum ni, mesti korang nak tahu kan berapa harga pakej AUCE Dim Sum ni kan?

Berikut adalah harga Pakej AUCE Dim Sum :-

  • Harga : RM 59.00+ – Dewasa ( minimum 2 orang )
  • Harga : RM 24.50+ – Kanak-kanak (3-10 tahun)



   

  • Waktu  ( setiap hari) 
    • 11.30 pagi hingga 2.30 petang 
    • 6.30 petang hingga 10.30 malam  

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi  03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606 atau hantarkan email ke telemarketing@bluewavehotels.com .

Layari laman web  www.bluewavehotels.com untuk maklumat lanjut. 

Jom Follow media sosial Grand Blue Wave Shah Alam untuk promosi terkini :-
Facebook : https://www.facebook.com/grandbluewave/
Instagram : https://www.instagram.com/grandbluewave_shahalam/

Post a Comment

2 Comments

afifah said…
i wanted chinese food the other day. shoudl have went here instead!
Sam said…
The dim sum looks delicious. The restaurant must have a good cold transport of their dim sum from their supplier. I have been looking for places that serve dim sum halal to bring my malay friends to try it! Thank you for sharing and I am glad I found your post!