Mudahnya Cara Masukkan Duit Raya Anak ke Tabung Haji Dengan CIMB Clicks



Alhamdulillah, satu ceklist Huda dah pun terlaksana. Asyiklah bertangguh, sibuk buat apa ntah, tak tahu lah.. Setiap tahun Huda wajibkan semua duit raya anak-anak kena masukkan ke dalam akaun tabung Haji mereka ( actually ada sikit diorang dah guna beli mainan dan belanja mama papa makan ) . Zaman sekarang semua hujung jari kan? So dari kita membuang masa pergi beratur di kaunter tabung haji untuk masukkan duit, huda hanya perlu duduk depan laptop beberapa minit untuk transfer duit raya anak-anak ke akaun tabung haji mereka masing-masing dengan mudah!

Mudahnya Cara Masukkan Duit Raya Anak ke Tabung Haji Dengan CIMB Clicks


Berikut huda kongsikan langkah demi langkah untuk rujukan mereka yang tak tahu lagi ( yang dah tahu baguslah!


1) Log in ke CIMB 



2) Klik menu Pay & Transfer, kemudian klik Pay Bills


3) Di bahagian search , taip Lembaga Tabung Haji. Kemudian klik pada nama di bahagian available biller


4) Masukkan semua butiran yang diperlukan seperti nombor akaun dan nombor kad pengenalan, kemudian masukkan nilai yang mahu di transfer


5) Semak segala butiran dan klik Request TAC. dan submit TAC nombor yang diberi di telefon anda.


 6) Selesai! Take note ada caj pembayaran sebanyak RM0.50 yer. ( tak silap paling rendah berbanding Maybank , RM 1.00) . Kemas kini kemasukan duit ke akaun Tabung Haji biasa mengambil masa 1-3 hari berkerja.


Alhamdulillah, lega bila amanah duit raya anak-anak ni dah selamat masuk dalam akaun bank Tabung Haji mereka. Semoga impian mama untuk lihat anak-anak mama menyempurnakan rukun islam ke lima pada masa akan datang dimakbulkan Allah. Amin..

Post a Comment

2 Comments

Nieyla Nadia said…
skrg ni lebih mudah kan...
bank islam skrg pun klu kita link kad, automatik no acc tabung haji ada internet banking bank islam :)
Mustaffa said…
tak pernah guna di cimb.. sebelum ni guna di maybank jer.. memudahkan.. boleh guna banyak bank