Fuh, lega yer satu badan lepas urut di e-Genki.


Penting ke urut badan ni? Seingat huda, jumpa tukang urut badan ni lepas bersalin jer dengan bidan kat kampung. Ni dah 5 tahun badan tak kena urut, sakit pinggang dan badan ni selalu sangat letih. Terbaca perkongsian Ben Ashaari tentang e-Genki, tergerak hati nak cuba. Nak bawa encik suami sekali try bersama. Boleh kami rehatkan badan setelah jauh jalan dan melayan karenah anak-anak. 




Minggu lepas, huda dan suami luangkan masa berkunjung ke Healthland Setapak untuk jalani sesi urutan e-Genki di sini. e-Genki merupakan rakan strategik Healthland. Masuk jer ke dalam Healthland, kena ke ruang masuk belakang sikit, baru jmpa kaunter pendaftaran e-Genki. 



Lepas urusan pendaftaran, huda dan suami menikmati green tea panas yang disediakan sebelum menerima urutan.



Apa itu urutan e-Genki?




Huda masa mula-mula dengar pun, tertanya-tanya juga, macamana urutan e-Genki ni. Sebelum huda pergi buat treatment, huda baca perkongsian rakan-rakan blogger yang sudah mendapatkan rawatan di sini seperti Ben Ashaari, Qaseh Dalia, Ayue dan Fiza





e-Genki lebih daripada sekadar urutan biasa. Ia merupakan gabungan teknologi Bio-elektrik dengan teknik Acupressure tradisional Cina. Dengan menggunakan satu alat elektrik yang berarus rendah untuk mengesan punca kesakitan, dan dengan teknik Acupressure tradisional Cina ia merawat bahagian badan yang alami masalah. Ini antara kehebatan e-Genki, ia mengesan part yang sakit tu tanpa perlu di maklumkan dahulu. Jujur kata, 1 jam rawatan e-Genki memberi huda satu pengalaman baru yang tak dapat dilupakan. Especially bila di urut di bahagian kepala, fuh terasa arus elektrik mengalir ke otak. Huda kan ada migrain, jadi mungkin urutan di kepala dapat mengurangkan kesakitan migrain yang huda alami. 




Masuk ke ruang urutan yang cukup mendamaikan dan tenang memberi peluang "me time" yang sangat berkualiti. Huda luangkan masa lebih kurang 1 jam 45 minit di sini . Huda menerima 2 jenis servis yang terdapat dalam pakej e-Genki premier iaitu 1 jam untuk urutan e-Genki dan 45 minit berikutnya terima Mud Balm Treatment. 





Manfaat urutan e-Genki

  • Memperbaiki peredaran darah pada tubuh badan
  • Membentuk semula sel dan saraf
  • Menungkatkan sistem pencernaan
  • Meningkatkan anti keradangan
  • Menghilangkan keletihan dan lesu tubuh badan
  • melegakan ketegangan dan kesakitan
  • Baik untuk detok

Manfaat Mud Balm Treatment

  • Baik untuk kesihatan badan yang menyeluruh
  • Memperbaiki aliran darah seluruh badan
  • Meningkatkan sistem pertahan badan dan sistem imun
  • Mengurangkan sakit pinggang
  • Melancarkan mentsrual cycle dan elakkan blood clot
  • Mampu mengelakkan fibroid and ovary cyst
  • Melegakan masalah sistem penghadaman ( diarrhea , gastralgia, gastrectasia) 
  • Melegakan masalah angin dalam badan

Harga Pakej e-Genki




Lokasi e-Genki 

Berminat nak dapatkan urutan e-Genki? Boleh lawati cawangan Healthland berikut :-
👉 Healthland Taman Desa
+6014 368 8595

👉 Healthland Sri Petaling
+6014 368 8636

👉 Healthland Setapak
+6014 368 8492

👉 Healthland Desa Park City
+60 17-236 9928

👉Healthland Taman Segar
+6014 618 9698

👉Healthland Aman Suria
+60 16-931 6936

👉 Healthland Setia Alam
+60 14-9148072



Berminat nak dapatkan treatment e-Genki dan jimat RM100? Email ke ceritahuda101@gmail.com untuk dapatkan baucer RM 100 e-Genki dari huda. Terhad 10 orang sahaja yer!

19 comments:

  1. best yer buat urutan kat sini. Ada bunyi tak keletaq tulang . Ehehehe

    ReplyDelete
  2. Yang pasti badan akan merasai ringan2 kan. lepas mengurut. Harga boleh tahan jugak. hehe

    ReplyDelete
  3. Sgt suka g urut. Once a month kalau boleh. Selesa nyer lah bila da kena urut. Bekerja kan. Bila diurut tu terasa release semua stress.
    Rugi lah aida. xde di Melaka :-(

    ReplyDelete
  4. Badan pun dah rasa lemau, sengal2 ni....mungkin boleh cuba urut kat sini plak😁

    https://abamkoriee.com/family-time-kat-mykori-dessert-cafe-di-hujung-minggu/

    ReplyDelete
  5. Nampak memang menarik, servisnya dan juga harganya.
    Dah lama juga MAT Drat tak berurut. Lepas ni boleh consider ke sini nampaknya

    ReplyDelete
  6. Wah 1st time dengar juga urutan ni. Banyak kebaikannya ye. Sekali sekala berurut best juga kan. Harga pun not bad

    ReplyDelete
  7. Bestnya buat urutan satu badan. Memang akan lega je rasa kan.. Dulu lepas bersalin urut, tapi rasa macam sakit badan dibuatnya. Maybe sebab tukang urut tu urut kuat kot. Teringin nak buat urutan mcm ni pula.

    ReplyDelete
  8. Wow.. menariknya dan firsttime dengar egenki ni tau. Rasa badan lenguh-lenguh pulak nak kena pegi

    ReplyDelete
  9. bestnya dapat urut badan lepas penat satu minggu kerja. mesti rasa lega amat.. wah nasib baik ada cawangan dekat dengan rumah, boleh la cuba datang sekali nanti. harga pun murah dengan promosi sekarang

    ReplyDelete
  10. Bila penat bekerja, best jugak kan dapat manjakan diri dengan urut ni kan. Mesti rasa lega. Tapi tu la, belum pernah lagi cuba urutan di Healthland ni. Tambah-tambah urutan e-Genki tu. Macam menarik je. InshaAlla kalau berkesempatan boleh cuba nanti..hihi

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya nampak pusat urut e-genki ni. Marsha pun suka urut. Rasa segar badan lepas mengurut. Nanti boleh la cuba kat sini kalau naik KL.

    ReplyDelete
  12. Ini style urutan Thai ker atau urutan tradisional tengok macam best jer hehehe rasa lama tak mengurut ni kalau dapat mesti banyak keluar angin satu badan ni hehehehe ok...

    ReplyDelete
  13. Allah, bestnya pergi berurut. Baru beberapa hari lepas berborak dengan adik plan nak pergi berurut sebab sakit badan betul masatu. Kalau dapat berurut confirm lega! Baru tahu tentang e-Genki ni, tapi branch ni takde lah dekat Kedah.

    ReplyDelete
  14. Bestnya kita dah lama rasa
    Nak mengurut. Tak berpekuang lagi. Selalu rasa sakit belakang dan penat. Rasanya nk try jugakla

    ReplyDelete
  15. Dapat mengurut memang best. Sekurang nya dapat rehatkan badan dan relaxkan badan ni. Liez klau mengurut memang akan buat 3 kali sebab nak feel lebih hihihi.. actually bagus mengurut sesekali ni..

    ReplyDelete
  16. Wahhh... yang ni yang premium kan? Memang teringin sangat nak cuba. Last time ada cuba urutan sambil tengok movie dalam bilik wayang healthland, best gila. Niat nak try urutan badan dia tapi tak pergi-pergi. Harap ada peluang nak pergi lagi nanti

    ReplyDelete
  17. Bestnyaaa...sis lama betul tak berurut. Sari ke sari nak gi tapi tak ada peluang. Badan memang prlu dimanjakan..maklum dah berumur sakit sana sini. Bolehlah nanti sis cuba kat sini pulak

    ReplyDelete
  18. katanya memang best urut kat sini tapi akak belum cuba lagi , ni dah kali keberapa baca orang kata egenki ni best...dah lama tak berurut jugak nihhh

    ReplyDelete
  19. urut ni sakit2 tapi memang best. badan kita setiap hari guna tanpa limit kan.. haruslah legakan segera. mcm2 kaedah sekarang ni tuk bagi badan kita elok semula. genki ada di area kl and selangor sahaja ye?

    ReplyDelete