Penting ke urut badan ni? Seingat huda, jumpa tukang urut badan ni lepas bersalin jer dengan bidan kat kampung. Ni dah 5 tahun badan tak kena urut, sakit pinggang dan badan ni selalu sangat letih. Terbaca perkongsian Ben Ashaari tentang e-Genki, tergerak hati nak cuba. Nak bawa encik suami sekali try bersama. Boleh kami rehatkan badan setelah jauh jalan dan melayan karenah anak-anak.
Minggu lepas, huda dan suami luangkan masa berkunjung ke Healthland Setapak untuk jalani sesi urutan e-Genki di sini. e-Genki merupakan rakan strategik Healthland. Masuk jer ke dalam Healthland, kena ke ruang masuk belakang sikit, baru jmpa kaunter pendaftaran e-Genki.
Lepas urusan pendaftaran, huda dan suami menikmati green tea panas yang disediakan sebelum menerima urutan.
Apa itu urutan e-Genki?
Huda masa mula-mula dengar pun, tertanya-tanya juga, macamana urutan e-Genki ni. Sebelum huda pergi buat treatment, huda baca perkongsian rakan-rakan blogger yang sudah mendapatkan rawatan di sini seperti Ben Ashaari, Qaseh Dalia, Ayue dan Fiza.
e-Genki lebih daripada sekadar urutan biasa. Ia merupakan gabungan teknologi Bio-elektrik dengan teknik Acupressure tradisional Cina. Dengan menggunakan satu alat elektrik yang berarus rendah untuk mengesan punca kesakitan, dan dengan teknik Acupressure tradisional Cina ia merawat bahagian badan yang alami masalah. Ini antara kehebatan e-Genki, ia mengesan part yang sakit tu tanpa perlu di maklumkan dahulu. Jujur kata, 1 jam rawatan e-Genki memberi huda satu pengalaman baru yang tak dapat dilupakan. Especially bila di urut di bahagian kepala, fuh terasa arus elektrik mengalir ke otak. Huda kan ada migrain, jadi mungkin urutan di kepala dapat mengurangkan kesakitan migrain yang huda alami.
Masuk ke ruang urutan yang cukup mendamaikan dan tenang memberi peluang "me time" yang sangat berkualiti. Huda luangkan masa lebih kurang 1 jam 45 minit di sini . Huda menerima 2 jenis servis yang terdapat dalam pakej e-Genki premier iaitu 1 jam untuk urutan e-Genki dan 45 minit berikutnya terima Mud Balm Treatment.
Manfaat urutan e-Genki
- Memperbaiki peredaran darah pada tubuh badan
- Membentuk semula sel dan saraf
- Menungkatkan sistem pencernaan
- Meningkatkan anti keradangan
- Menghilangkan keletihan dan lesu tubuh badan
- melegakan ketegangan dan kesakitan
- Baik untuk detok
Manfaat Mud Balm Treatment
- Baik untuk kesihatan badan yang menyeluruh
- Memperbaiki aliran darah seluruh badan
- Meningkatkan sistem pertahan badan dan sistem imun
- Mengurangkan sakit pinggang
- Melancarkan mentsrual cycle dan elakkan blood clot
- Mampu mengelakkan fibroid and ovary cyst
- Melegakan masalah sistem penghadaman ( diarrhea , gastralgia, gastrectasia)
- Melegakan masalah angin dalam badan
Harga Pakej e-Genki
Lokasi e-Genki
Berminat nak dapatkan urutan e-Genki? Boleh lawati cawangan Healthland berikut :-
👉 Healthland Taman Desa
+6014 368 8595
👉 Healthland Sri Petaling
+6014 368 8636
👉 Healthland Setapak
+6014 368 8492
👉 Healthland Desa Park City
+60 17-236 9928
👉Healthland Taman Segar
+6014 618 9698
👉Healthland Aman Suria
+60 16-931 6936
19 Comments
Rugi lah aida. xde di Melaka :-(
https://abamkoriee.com/family-time-kat-mykori-dessert-cafe-di-hujung-minggu/
Dah lama juga MAT Drat tak berurut. Lepas ni boleh consider ke sini nampaknya
Nak mengurut. Tak berpekuang lagi. Selalu rasa sakit belakang dan penat. Rasanya nk try jugakla