Terokai Legoland Malaysia Theme Park Part 2


Terokai Legoland Malaysia Theme Park Part 2 | Sambungan entry Terokai Legoland Malaysia Theme Park Part 1 yang lepas, entry kali ni huda akan cerita tentang hari kedua kami sekeluarga terokai Legoland Malaysia Theme Park. Kami masuk ke Legoland dalam pukul 1 tengahari, selepas selesai event dan juga check out hotel.Walaupun huda dah check out hotel, tapi free parking di hotel masih valid sepanjang hari kedua kami di Legoland Resort. Fuh, selamat dan jimat duit parking, kalau tak kena caj RM 50 untuk parking di hotel Legoland, tapi untuk hotel guest complimentary.


Sampai jer kami ke dalam Legoland Theme Park, ternampak maskot dragon dan beratur orang untuk ambil gambar. Kami pun tak lepaskan peluang yang jarang2 sangat ni kan..




Our Happy Family 💚

Attraction yang pertama kami pergi adalah LEGO Technic. Walau sudah kali ke tiga masuk ke Legoland Theme Park, tapi ini kali pertama kami jejakan ke LEGO Technic ni.. Di sini terdapat Aquazone Wave Racer, LEGO Mindstorm, LEGO Academy, The Great LEGO Race dan Technic Twister 



Tapi sebab adik hakim tak lepas ketinggian, ada 3 permainan yang adik tak dapat nak main iaitu Aquazone Wave Racer, The Great LEGO Race dan Technic Twister. Bila adik tak lepas, Abang Arif Haikal pun tak nak main. so kami terus skip permainan ini dan hanya tengok dari luar sahaja.



Di LEGO Mindstorm huda daftarkan Arif Haikal untuk slot belajar pasal LEGO robotik. Sebab waktu hujung minggu, slot banyak dah penuh, huda daftarkan Arif Haikal untuk slot yang kosong iaitu slot terakhir iaitu pukul 6- 6.40 petang. Di sebelah LEGO Mindstorm ada LEGO Academy, memang LEGO kat sini, amik jer berbakul lego dan duduk main di play station yang disediakan. Sementera menunggu pukul 6 petang, kami teruskan perjalanan kami meneroka Legoland Theme Park.


Kami terus berjalan menuju ke Kingdom. Tapi The Arifs macam lemau jer, mungkin sebab panas, jadi kami singgah berehat di kawasan rehat yang di sediakan.

Suami kata, jom la berehat minum petang dahulu di King's Grill. Sebab huda tak rasa nak makan, hanya belikan makanan untuk anak-anak jer.

Roti sosej RM 6 per pc, Waffle with Ice cream -RM 13 .  Huda beli 3 roti sosej, satu set waffle tu dan 1 cawan air milo, total habis kat restoren ni RM 38! Biasa lah makanan kat theme park ni, memang extra mahal sikit, so prepare duit siap2 yer untuk makan-makan kat sini.


Masa kami datang sini hujung bulan Februari lepas, The Dragon - Roller Coaster tengah dalam annual maintenance service, jadi kawasan castle dragon ni memang tak boleh masuk. Nasib kami dah masuk tahun lepas, so rasa tak ralat sangat. Jadi kami terus ke lokasi tempat permainan favourite the Arifs iaitu Royal Joust. Naik kuda pusing-pusing. Dua round The Arifs main sampai puas hati naik kuda.
 Selepas itu, kami terus menuju Imagination yang menempatkan 3 attraction yang wajib kami singgah iaitu The Build & Test Centre, DUPLO Express dan Observation Tower.  Observation Tower merupakan point tertinggi di Legoland Theme Park iaitu setinggi 60 meter dan kami boleh melihat seluruh  kawasan dalam Legoland Resort. 


Di sini juga The Arifs join Race Car Tournament bersama kanak-anak lain. Semua yang turut serta dalam perlumbaan ini akan mendapat sijil. Memang teruja The Arifs main di sini. Ikutkan The Arifs memang lama nak stay sini, tapi dah pukul 4 petang, banyak lagi attraction tak pergi lagi..



Kami repeat lagi main di Ninjago The Ride sebab Arif Haikal dok ulang-ulang kali nak main kat sini lagi. Jadi hari kedua kami main lagi. Game Ninjago The Ride yang interaktif dan menyeronokkan untuk bermain bersama keluarga. Main banyak kali pun tak puas kot,hehe.. Next time kita main lagi yer anakku...



Dan kami juga repeat main game tembak-tembak laser di Land of Adventure - Lost of Kingdom. Memang puas trip ke Legoland kali ni, semua mainan yang tak sempat pergi tahun lepas dapat main berulang kali!


Di Land of Adventure ini juga ada satu permainan yang kami tak dapat main, sebab adik hakim masih belum cukup tinggi, so tak lepas nak main iaitu Dino Island. Jadi nya kami mampu bergambar jer la dari luar. InshaAllah masa akan datang adik Hakim dah besar sikit boleh la kami sekeluarga naik ride ni sekeluarga. Owh ya, Dino Island ni adalah Legoland Theme Park "wettest ride" dan sebanyak 3 juta litre air berada di Dino Island ni. So get ready yer main sini baju konfem basah!



Kemudian meneruskan perjalanan menuju ke LEGO City dari Land of Adventure. Ternampak pula LEGOLAND Express. Walau tahun lepas dah naik, tapi rasa nak naik lagi. Layan The Arifs naik "cho cho train" , sambil tu boleh la rehatkan kaki sekejap, hehe.. Serius penat tau jalan kat sini.



Jam dah pukul 5.30, kupon makan masih berbaki RM 180 lagi tak guna, sebab sibuk berjalan sampai takde masa langung nak makan. Jadi sebelum cafe dan restoren semua tutup, huda terpaksa tinggalkan Arif Haikal seronok bermain di Junior Driving School , Encik suami temankan Adik Hakim naik boat di Boating School.

Huda pula pergi tapau makanan dan habiskan semua kupon yang akan tamat tempoh hari tersebut. Mujur restoren  The Cafe yang terletak di pintu masuk Legoland Theme Park masih ada makanan, huda tapau roti sandwich dan chicken wraps untuk kami anak beranak makan. Masih berbaki kupon, huda beli botol air LEGOLAND yang warna merah tu, harga RM 38. Next time ke LEGOLAND hanya perlu bawa dan boleh isi refill air dengan harga RM 5 sahaja!

 Kami keluar LEGOLAND dalam pukul 7.05 minit. Kamera semua pun dah habis bateri.. Gambar makanan yang huda tapau tadi pun tak dan nak amik gambar.

Keriangan di LEGOLAND Resort kami tak berakhir di situ.. Kami masuk semula ke dalam Hotel Legoland, solat Maghrib dan biarkan anak-anak bermain di lautan lego di Hotel Legoland dan menunggu Magic Show. Pukul 8.30 baru kami keluar dari kawasan Hotel Legoland. Berat hati rasanya, sebab kami pasti akan merindui segala kenangan manis 2 hari kami berada di Legoland Resort ini. Bagaikan mimpi indah yang menjadi kenyataan...

Terima pihak Legoland Resort yang sudi menjemput kami menikmati pelbagai tarikan di Legoland Resort ini! Semoga ada rezeki kami berkunjung ke sini lagi di masa hadapan. InshaAllah.

Untuk maklumat lanjut tentang Legoland Resort dan tempahan boleh di buat di atas talian di laman web rasmi https://www.legoland.com.my

Post a Comment

1 Comments

Ana Suhana said…
baca entri huda ni terus rasa nk bawa syafi g legoland. ana pun rasa teruja nak main sama. hehe