Mudah yer Renew Sijil Perniagaan SSM di Cawangan BSN



Mudah yer Renew  Sijil Perniagaan SSM di Cawangan BSN | Sebelum ni setiap tahun, pasti akan ke pejabat SSM untuk renew sijil perniagaan SSM. Pernah terlewat renew sebab fikir malas nak pergi ke bandar, jauh dari rumah. Bertangguh-tangguh cari masa yang sesuai, sampai la tak perasan dah lepas tarikh tamat tempoh. Rugi jer duit kena bayar penalti. Itu cerita tahun lepas, jadi tahun ni huda dan suami jadi lebih peka cek tarikh tamat tempoh sijil perniagaan SSM bisnes kami. Tahun ni huda try renew sijil perniagaan SSM di cawangan BSN yang sangat dekat dengan rumah! Mudah sahaja rupanya, dah la cepat pulak tu. Memang lepas ni memang akan renew sijil perniagaan SSM di cawangan BSN jer lah!


Mudah yer Renew  Sijil Perniagaan SSM di Cawangan BSN


BSN memudahkan usahwan untuk meneruskan perniagaan dengan  renew atau perbaharui Sijil Perniagaan SSM di mana-mana cawangan BSN di seluruh Malaysia.

Kelayakan


» Pemilik Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956) (Akta 197) Pindaan 2001.

Bagaimana Memperbaharui?

» Bawa kad pengenalan asal anda.
» Lengkapkan Borang A1.
» Hantar.





Bagaimana mengisi Borang A1?

Maklumat yang perlu diisi dalam Borang A1:
» Nombor Pendaftaran Perniagaan.
» Nama Perniagaan.
» Tempoh Pembaharuan (1 – 5 tahun).
» Tarikh permohonan.
» Tandatangan pemilik/seorang daripada pekongsi perniagaan.
» Nama & Nombor KP.



Terma & Syarat Pembaharuan:

» Pelanggan hanya dibenarkan membuat pembaharuan perniagaan di BSN.
» Pelanggan mesti melengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
(Borang A1).
» Pembaharuan tidak boleh dilakukan bagi pemilik perniagaan yang masih terhutang denda/kompaun.
» Pembaharuan tidak boleh dilakukan bagi perniagaan yang disenaraihitamkan.
» Permohonan pembaharuan perniagaan boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum tarikh luput sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput.
» Caj perkhidmatan dikenakan bagi setiap transaksi yang berjaya.


.
Jumlah yang huda kena bayar untuk renew Sijil Perniagaan SSM di Cawangan BSN adalah RM63.50.

Sangat puas hati, sebab cepat jer siap. Jimat masa, jimat minyak kereta dan paling penting jimat tenaga. Alhamdulillah. Lega setel urusan renew Sijil Perniagaan SSM. Kick start untuk 2019 ni, dengan azam yang baru! Doakan bisnes huda dan suami terus maju jaya dan terus memberi manfaat kepada yang memerlukan. InshaAllah. 

1 comment: