Alhamdulillah. Dah tiba 31 hari di bulan Januari, habis dah bulan pertama 2019. Bagaimana dengan Januari korang? Best ke tak? Bagi huda, bulan Januari 2019 ni sangat unexpected. Banyak juga wishhlist yang tercapai, dan pastinya masih banyak lagi wishlist 2019 yang masih belum tercapai. InshaAllah dengan izin Allah dan jika apa yang huda teringin itu terbaik, pasti Allah permudahkan.
Wishlist Januari 2019 yang sudah tertunai.
Apa itu wishlist? Soalan yang encik suami tanya pada huda. Kalau ikut kamus Cambridge :-
Maksud wishlist bagi huda apa sahaja benda yang huda nak, tempat yang huda nak pergi dan juga paling penting makanan yang huda teringin nak makan.
Even simple things, tak mahal mana pun, tapi still masuk dalam wishlist huda. Sebab tiada satu pun benda dalam dunia ni boleh berlaku tanpa izin Allah. Semuanya adalah rezeki, dan rezeki itu rahsia Allah.
Jadi huda teramat bersyukur bila macam-macam wishlist yang huda teringin nak Allah "pinjamkan" , huda dah dapat! Segala puji bagi Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Antara wishlist yang huda dapat, ada yang memang dah lama teringin, dan ada juga yang hanya gerak hati teringin , sekelip mata Allah hadiahkan, seperti dalam senarai di bawah : -

1) Dapat tonton teater world class dan "mahal" di Encore Melaka
2) Dapat tengok ikan di The Shore Oceanarium
3) Dapat merasai pengalaman pertama pakai VR dan main game AR
4) Dapat tidur di katil empuk di hotel mewah Hilton
5) Dapat tambah koleksi attire dari Zucca dan Kulsoc
6) Dapat belajar basic videography skill dari Kunang-Kunang Pictures
7) Dapat hantar Arif Haikal ke swimming class
8) Dapat makan - makanan yang teringin nak makan macam Sushi King dan juga Kenny Rogers Roaster. Puas hati betul bila craving tertunai!
9) Dapat sekotak barang-barang make dari Althea Korea. Yeay! so happy. ( Jimat duit dari kena beli sendiri..hehe)
10) Dapat tunaikan wishlist anak-anak nak toy baru. Dah lama Arif request nak glow in the dark tracks ni. Alhamdulillah bulan Januari ni, mama ada rezeki lebih boleh belikan hadiah. Reward sebulan sekolah dengan bagus dan rajin.
Syukur.. dari wishlist yang terlintas di fikiran dan hati.. Allah datangkan. Semuanya rezeki huda asbab menulis di blog. Power of writing.... dan izin Allah. Huda selalu ingatkan diri sendiri, semakin banyak Allah hadiahkan, semakin banyak diri ni kena bersyukur. Syukur dengan solat dan sabar dengan ujian. Di sebalik nikmat yang huda terima ada juga episod sedih di bulan Januari ni... Allah dah pesan dalam Al-Quran - Nikmat dan kesusahan adalah ujian. Allah nak uji kita ni dapat nikmat bersyukur tak? Dapat ujian bersabar tak?
Jom syukur dan sabar. Jadi Magnet Rezeki. Rezeki dunia dan akhirat. InshaAllah.

1 Comments
Kita yang dok kt melaka ni belum berkesempatan lagi nak gi Encore tu.
InshaAllah one day. 😁