Tema Super hero untuk Baju Beragam Hari Malaysia

Hari ni nak kongsi idea Encik Suami untuk Pertandingan Baju Beragam Hari Malaysia di sekolah Arif Haikal. 2 minggu sebelum pertandingan, cikgu ada bagi surat kebenaran untuk kanak-kanak tadika yang berminat untuk masuk pertandingan baju beragam sempena majlis Hari Malaysia peringkat tadika. Mula-mula huda macam malas jer nak fikir, kena buat itu ini.. tapi fikir tahun ni last Arif tadika, kena la buat something untuk Arif ingat kenangan dia di tadika. Okay, bila fikir anak automatik huda jadi rajin. Betullah orang kata anak ni memang pembakar semangat dan motivasi. 
Okay, sehari sebelum majlis pertandingan tersebut, huda dan suami pergi shopping bendera Malaysia di Mydin yang berdekatan dengan rumah kami. 

Tema pilihan adalah Super Hero. Biasa lah anak lelaki ni memang minat super hero, jadi wajib ada cape dan topeng ala-ala super hero. Nak buat topeng macam over sangat pulak, jadi suami deco sikit letak bulan dan bintang di cermin mata Arif yang kebetulan warna merah kuning, memang matching dengan konsep Hari 1 Malaysia..

Taadaaa.... ini hasilnya. hampir seharian huda menjahit bendera di atas baju sukan Arif tahun lepas, jahit baju dan juga seluar supaya bendera lekat dengan kemas. Fuh..penat juga, nasib la setahun sekali jer event macam ni. 



Lepas balik sekolah, mama yang excited tunggu Arif menang tak..


Muka kepenatan balik dari sekolah...kesian anak mama...


Alhamdulillah, okay lah tu dapat hamper ada tupperware dan botol air. Boleh bawa pergi picnic nanti. 

Bagus sebenarnya aktiviti pertandingan baju beragam ni, meningkatkan semangat patriotik di kalangan kanak-kanak dan juga ibu bapa. InshaAllah tahun mendatang huda akan support event macam ni dan buat baju lebih menarik untuk The Arifs. 



Post a Comment

1 Comments

Umi Nazrah said…
wahhhhhhh tahniah superhero malaya !! memang ohsem lah :D