Teruja Nak Cuba Menu Baru di Cafe Pozi


Awal bulan hari tu, huda ada nampak iklan yang Cafe Pozi ada menu baru , dan waktu operasinya yer pun dipanjangkan hingga waktu malam. Memang teruja nak cuba menu-menu baru di cafe Pozi. Sebelum ini cafe Pozi beroperasi untuk makan petang sahaja. Korang boleh rujuk entry huda sebelum ni >> CAFE POZI - LOKASI WAJIB SINGGAH UNTUK MINUM PETANG <<


Menu Baru di Cafe Pozi

Alhamdulillah, kelmarin huda dan keluarga berpeluang untuk mencuba pelbagai menu baru di Cafe Pozi, Kuala Terengganu. Jom follow huda dan keluarga try menu apa di sini. 



Menu utama iaitu keropok lekor pozi yang dihasilkan fresh setiap hari dan makan panas-panas, memang syok!  Menu wajib The Arifs bila datang sini. Walau ada menu baru yang kitorang teruja nak cuba di sini, namun keropok lekor Pozi wajib makan dulu! 


Memang lain rasa keropok fresh yang baru di buat setiap hari. Memang puas hati betul makan. Huda juga selalu beli vacuum pack untuk bawa balik. Nampak sangat sedapkan sampai tapau nak masak esok-esok sendiri kat rumah, hehe.. 

Owh ya, tadi kata ada menu baru kan? Berita baik untuk semua pengunjung Cafe Pozi, bermula jam 5 petang, ada tambahan menu- menu ekslusif yang di masak live dari :- 


Roti canai warung mat su


Char kuey teow Jay J



Western food - DN

Selain itu ada juga pilihan nasi lemak dan nasi minyak. Baru ni huda try nasi minyak kambing! Memang power gulai kambing kat sini! 


Dan juga jangan lupa grab promosi Cendol RM 1.00 ni. Serius berbaloi-baloi try. Huda memang suka minum cendol di sini. Tak terlalu manis dan isi cendol yer pun just nice jer nak habiskan sorang makan. 


Jadi sekarang di Cafe Pozi ada hampir 30 jenis menu untuk korang cuba.  Seronok sekarang ada banyak pilihan dan harga tak mahal. Memang jadi kedai makan favourite huda sekeluarga untuk makan petang dan dinner sekaligus! Mudah, cepat dan yang penting MURAH!!

Cafe Pozi ini terletak di Kampung Kubang Badak, berdekatan dengan UMT atau lebih tepat berhadapan dengan Kem PGA Kubang Badak. Lokasi yang sangat strategik dan parking yang luas dan ruang makan yang selesa menjadikan Cafe Pozi port lepak yang sangat sesuai untuk makan bersama keluarga dan juga kawan-kawan. Nak datang sini pun mudah jer ,Waze atau search google map - Keropok lekor pozi , InshaAllah korang akan sampai dengan mudah ke sini.


Masa operasi  Cafe Pozi 

Setiap hari. 11 pagi - 11 malam

KECUALI

Jumaat BUKA jam 5 ptg - 11 mlm

Selasa BUKA jam 11 pg - 7 ptg

Untuk maklumat lanjut dan promosi semasa follow sosial media Cafe Pozi
Facebook : Keropok Lekor Pozi 
Instagram : Keropok Lekor Pozi  










Post a Comment

17 Comments

Wow byk2 tu meat ball n cendol buat mata sy jd bundal😬😬😬😬
adianiez AIDA said…
Kepok lekor memmg wajib la kalu gi ganu. Ohsem. Takkan sama dgn kepok lekor di negeri lain.
Lama da aida x ke ganu, huda. Lom abis rayau lgi ganu ni. Asben setiap bulan naik ganu sebab urusan keje. Kepok lekor memang sentisa ada stok kat umah aida...
Suria Amanda said…
Alahai huda...sedapnya la kopok lekor tu, dapat goreng jer cicah ngan cili sos pun sedap giler kan..hehehe
Ezna Khalili said…
Jauhnya nak pegi cafe ni. Kalau kebetulan ke Terengganu kena cari ni. Tapinya nak makan kerpok lekor dulu. Terliur tengok. Tak menahan....sedapnya....
Syiera Firdaus said…
Macam macam menu ye ada. Wrong timing pulak bw sini. Terus rasa lapar. Sedap belaka tengok. Tengok cendol pun menarik
Mat Drat said…
Menarik ni... Boleh try pi sana nanti ni.... 👍👍
Mahamahu said…
Keropok leko tu sedapnya lama tak makan hehehe bestnya ada cheese leleh lagi tu wow menarik semua menu-menu kat sini nanti kita sampai sana akan singgah cafe ini ok..
Hanny Abdullh said…
Wahhh mengancam sungguh gambar2 ni, terus rasa mengidam nak makan kat sana..tapi jauh le pulak. Kalau ada peluang ke sana..harus singgah kat sini
Ibu Syurga said…
Rasa macam tak kena je makan keropok lekor dengan keju. Dah pernah cuba, tak kena dengan tekak Ibu. Masin terlebih agaknya
Mama Hakim said…
Wah nampak menyelerakan tapi pada masa yang sama kaya kalori. Balik makan kena lari keliling padang berulang kali.
Alia Farhan said…
Aduh...sedapnya semua makanan tu...
Char kueytiaw tu fav saya...
Kopok lekor cheesy pun mcm best ja
Memang banyak pilihan makanan dan minuman yang menyelerakan. Mesti ramai orang yang datang berkunjung ke sana semasa cuti sekolah kan
nikkhazami said…
semua nampak sedap dan portionnya jugak banyakk.. patut la famous cafe ni.. lepas tu dalam keropok lekor siap ada cheese lagi. hehe
Jia Shin Lee said…
Jauhnye tempat ni but the food looks fantastic and they've got such a large variety to choose from, I'll visit if I get the chance.
Izyan Balqis said…
kecurnya air liur tengok makanan ni semua, lupa diri jap tengah diet, haha!
messarah said…
singgah sini hehe

https://messarah.blogspot.com/2018/08/altheas-real-fresh-skin-detoxer-review.html
Mama Hakim said…
Salam aidil adha kepada sis huda. menu baru tu nampak macam sedap. baguslah ada pembaharuan menu. Sama macam kfc dan mcd buat. orang yang datang pun rasa tak jemu