5 Fakta Menarik Tentang Projek Penempatan Berkelompok dan Agro Ekonomi di Desa Alam Shah

Pada 18 Ogos 2018 yang lalu, huda berpeluang menyertai Program Lawatan Rasmi Media ke Projek Penempatan Berkelompok dan Agro Ekonomi di Desa Alam Shah, Kampung Gong Jenarah yang terletak di Jajahan Pasir Putih, Kelantan. Alhamdulillah, rezeki dapat jemputan dari Lembaga Zakat Selangor untuk sama-sama merasai pengalaman yang menarik berkunjung ke Desa Alam Shah yang ramai orang masih belum tahu walau sudah masuk tahun ketiga projek ini dilaksanakan. 

Jom huda kongsikan 5 Fakta Menarik tentang Projek kerjasama antara Lembaga Zakat Selangor ( LZS) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ini. 

5 Fakta Menarik Tentang  Projek Penempatan Berkelompok dan Agro Ekonomi di Desa Alam Shah 


#1 -  Projek Ladang Cili Kulai 



Projek ini sudah bermula pada tahun 2016 , di mana tanah seluas 11.2 hektar yang di manfaatkan oleh golongan Asnaf untuk bercucuk tanam .  Pada tahun 2016 ,kira-kira 24, 000 kilogram (kg) cili kulai berjaya di kutip. Kemudian hasil pertanian mereka makin meningkat kepada kira-kira 33, 000 kg pada tahun lalu.

Menurut Eksekutif Selangor Prihatin, Muhammad Zulfadlil Azhim Ayub , pengeluaran hasil cili kulai sehingga 15 Ogos tahun ini mencatat 33, 852 kg iaitu melepasi pengeluaran pada tahun lalu. 

Huda berpeluang melawat ladang cili kulai ini sendiri dibawah terik matahari. Terbayang keringat yang mengalir oleh petani di sini, demi rezeki untuk keluarga. 


Besar dan subur tanaman cili di sini. Memang syok tengok satu- satu pokok dan bergambar.  ( Feeling2 macam kat ladang cameron highlands pulak, hehe) 



Tengah panas pun sempat selfie! Maklumlah first time jejakkan kaki ke ladang cili yang luas dan cantik ni. Huda bergambar bersama kenalan baru - Puan Herlina Ainizawati dan Puan Zairatul Anati dari Jabatan  Kehakiman Syariah Selangor. 



#2 - Keluarga Asnaf 

Projek ini menempatkan 28 peserta yang terdiri dari keluarga Asnaf fakir miskin Kelantan yang telah di tapis dan mencapai kelayakan untuk meyertai projek ini selama 5 tahun. Sebanyak RM10 juta dana pembangunan termasuk projek rumah kediaman dibina di kawasan itu.



Kawasan penempatan itu dilengkapi dengan kemudahan asas seperti surau, dewan serbaguna, pusat sumber, kedai runcit, jalan berturap dan padang permainan bagi memberi keselesaan kepada peserta terlibat.


Ketika kunjungan kami di surau, anak-anak asnaf tengah khusyuk dan tekun belajar mengaji bersama ustazah bertauliah yang dijemput khas oleh LZS ke Desa Alam Shah ini.


Sangat bagus usahasama antara LZS dan MAIK dalam menjaga kebajikan keluarga asnaf. Masa depan anak-anak asnaf ini lebih terjamin dengan bantuan pendidikan dari tahap rendah pada usia kanak-kanak sehingga ke tahap tinggi di peringkat kolej dan Universiti juga di bantu sepenuhnya. 

#3- Jualan Cili kepada Nestle

Korang perasan tak label pada botol sos Cili Maggi tulis " Cili Dipetik Segar dari Ladang Tempatan" ?



Rupa-rupanya cili-cili segar ni dipetik di sini. Cili-cili yang di tanam oleh golongan Asnaf di Desa Alam Shah ini. 


Huda juga berpeluang berkunjung ke pusat pengumpulan hasil ladang. Korang nampak tak logo Nestle Chili Club tu? Sangat-sangat bagus usahasama ini, hasil tanaman dari muslim, rasa berkat jer kan sos Cili Maggi ni. Bayangkan dari duit pembayar zakat, dana yang terkumpul dibangunkan Desa Alam Shah ini, kemudian hasil tanaman di jual kepada Nestle, dan kembali semua kepada masyarakat untuk di beli. 

Sihat-sihat kan cili di sini. Huda teruja tengok saiz cili yang agak besar, sama macam gambar dalam botol sos cili Maggi tu. 


#4 - Hasil Pendapatan 

Hasil pendapatan keseluruhan peserta Desa Alam Shah ini pada 2016 adalah RM 86, 000 kemudian meningkat RM 132, 000 tahun lalu. Seramai 28 peserta yang mengikuti projek tanaman itu memperoleh hasil pendapatan berbeza, tetapi setiap peserta menerima RM1, 200 sahaja setiap bulan

Baki dari hasil jualan mereka dibahagikan dua iaitu 70% simpanan tetap yang akan diserahkan kepada peserta selepas lima tahun dan baki 30% lagi dijadikan modal pusingan.

Jadi selepas 5 tahun, asnaf fakir miskin mampu bebaskan diri mereka dari masalah kemiskinan dan boleh membina kehidupan lebih baik di luar sana. Satu inisiatif terbaik LZS dan MAIK yang patut di jadikan contoh. 

#5 - Tanaman Selingan Ketika Monsun

Setiap tahun tanaman cili kulai terpaksa dihentikan sementara bermula Oktober sehingga Februari berikutan musim tengkujuh melanda Pantai Timur. Maka dalam masa 5 bulan ini sepanjang  perubahan monsun, peserta menanam tanaman selingan lain seperti timun batang, labu manis dan juga jagung . Hasil tanaman selingan ini juga mampu meraih pendapatan berkelompok kira-kira RM26, 000 pada tahun lepas. 


Huda sangat bertuah kerana berpeluang bersama-sama dengan rakan media cetak dan media elektronik dan juga stakeholder untuk lawatan ke Projek Penempatan Berkelompok dan Agro Ekonomi di Desa Alam Shah. 

InshaAllah, masa akan datang tempat ini juga bakal dibangunkan menjadi salah satu lokasi Agro Tourism. InshaAllah, nanti korang juga berpeluang melihat sendiri ladang cili yang luas dan cantik di sini. 

Akhir kata, projek ini merupakan usaha sama yang harusnya dicontohi dan menerima pujian kerana pencapaian yang sangat memberansangkan. Tahniah LZS dan MAIK. Tahniah juga pembayar zakat Selangor, teruskan memberi dan sucikan harta kita semua dan secara tidak langsung kita juga menyumbang kepada masyarakat. 


Untuk maklumat lanjut, ikuti facebook LZS untuk ketahui projek terkini dan update semasa 



Post a Comment

0 Comments