Assalamualaikum. Huda tengah buat budget kewangan untuk ke Kuala Lumpur beberapa hari lagi. Sebenarnya banyak kali dah kira-kira, tapi selalu terlupa juga berapa kadar tol Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.
Maka hari ini huda nak tulis di blog, supaya senang huda nak rujuk bila perlukan kelak. Dan juga panduan kepada pembaca blog huda yang bercadang bercuti ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur
Jarak Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur lebih kurang 449km dan mengambil masa 4 jam hingga ke 5 jam perjalanan.
Alhamdulillah, sejak ada LPT2 ini, perjalanan ke Kuala Lumpur makin cepat berbanding dulu, terpaksa lalu jalan kampung dan banyak traffic light, memang makan masa juga.
Jadi, makin cepat perjalanan, ada kos yang perlu dibayar.
Terdapat 3 bayaran tol yang mesti di bayar untuk Kuala Lumpur.
1) Tol LPT2 ( Kadar Terkini Tahun 2020)
Huda bergerak dari tol Kuala Terengganu dan keluar di tol Karak
Kos tol yang perlu di bayar = RM 39.24
2) Plaza tol Bentong
Kos tol yang perlu di bayar : RM3.50
3) Plaza Tol Gombak
Kos tol yang perlu di bayar : RM6.00
Jadi total yang perlu di bayar adalah RM39.24 + 3.50 + 6.00 = RM48.74
Maka silalah top up touch and go secukupnya sebelum memulakan perjalanan, sebab semua plaza tol guna sistem touch and go, dah takde akak kutip duit tol macam dulu-dulu.
Kaunter tambah nilai juga terdapat di setiap kaunter keluar tol (kalau tak silap la)
Ok budget tol dah settle, budget minyak kereta pula lebih kurang RM80-RM100 untuk sehala.
Jika nak jimat, bawa bekal awal-awal tak payah singgah makan di RnR. Sampai KL nanti baru cari makanan yang sedap-sedap yang tiada di Kuala Terengganu. ( Haish..rindu plak nak makan kat IKEA sambil tu shopping =)
Sekian coretan huda tentang kadar tol Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.
13 Comments
Rohana
rohana.athmad@gmail.com