Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi satu tips percutian yang penting dan paling ibu-ibu ni perlukan masa dan fokus yang tinggi, iaitu waktu kemas beg yang hendak dibawa ketika bercuti.
Cara kemas beg bercuti secara road trip dan bercuti naik flight mungkin ada sikit berbeza sebab kena ambil kira yang barang yang di larang di bawa ketika menaiki pesawat. Huda dah rasa macamana stress bila nak kemas beg ketika road trip dan juga naik kapal terbang bersama anak-anak. Kenapa stress? Hehe, biasa la, stress utama sebab tak tahu nak bawa baju apa, dan masalah bosan asyik pakai baju sama ( maklum lah baju berjalan yang cantik ada la 3-4 helai jer, kalau setiap bulan jalan, tak ke bosan ulang baju sama jer). Mula la mood nak pergi shopping baju, tapi fikir budget semua nak bawa pergi holiday. hehe..masalah betul.
Ok, tak mau stress-stress, jom huda kongsi tips penting dan patut ibu-ibu amalkan untuk elakkan "stress" ketika bercuti nanti.
Tips Percutian Bersama Anak - Cara Kemas Beg.
1) Ambil sekeping kertas, dan tulis berapa hari anda bercuti dan buat senarai baju yang hendak di bawa ( kalau boleh siap warna baju sekali- mudah suami juga nak rujuk bila kita suruh diorang amikkan baju anak nnt)
2) Buat kajian tentang cuaca dan keadaan tempat yang bakal anda kunjungi. Jika cuaca sejuk dan hujan pastikan sediakan baju sejuk dan stokin. Jika cuaca panas, pastikan semua baju yang di bawa fabrik yang serap peluh dan sediakan juga topi untuk anak-anak.
3) Lipat baju anak dengan kaedah " lengkap sepersalinan" . Contoh macam anak huda lelaki umur 6 tahun. Huda akan lipat sekaligus T-shirt, Jeans dan boxer dia. Nanti di bilik hotel lepas mandi, terus amik satu set baju dia yang lengkap. Tak payah nak bongkar-bongkar beg cari itu ini.
4) Bawa tuala kecil, wet tissue dan lampin pakai buang secukupnya. Contoh anak huda yang umur 3 tahun ni, masih lagi gunakan pampers, huda akan bawa pampers mengikut berapa hari untuk bercuti. Contoh 5 kali tukar pampers, jika 3 hari bercuti, pastikan huda bawa pampers 15 keping dan extra 2-3 keping.
5) Makanan anak seperti susu formula, snek dan roti pastikan ada di dalam beg travel anda. Sebaiknya beli sebelum, sebab boleh jimat duit dari terpaksa membeli makanan di airport yang berkali ganda mahalnya.
Tips untuk bawa susu formula anak, boleh bungkus di zipper beg mengikut sukatan dan di darab dengan berapa hari anda bercuti. Lebihkan juga sukatan yang dibawa jika ada emergency anak perlukan kuantiti susu yang banyak . Mujur anak-anak huda dah tak minum susu formula dah. Jadi huda fokus bawa snek dan roti yang mudah di makan di dalam perjalanan. Bekalan air mineral juga penting untuk pastikan anak-anak kekal hidrat sepanjang percutian nanti.
6) Bawa ubat-ubatan untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Kita memang tidak mahu anak kita jatuh sakit kan? Maka langkah berjaga-jaga seperti sentiasa menggunakan hand sanitizer sangat penting di amalkan oleh seluruh ahli keluarga ketika travel. Ubat-ubatan juga penting untuk standby jika ada emergency.
7) Sebelum ini dah buat kajian tentang cuaca, selain itu buat juga kajian tentang jarak perjalanan yang memerlukan anak-anak untuk berjalan kaki. Jika jaraknya jauh maka pastikan baby carrier atau stroller berada dalam list anda.
Alhamdulillah, huda dah lepas fasa bawa baby carrier dan stroller ni. Namun huda juga harus membuat persiapan tentang kasut apa yang sesuai untuk di pakai oleh anak-anak untuk memastikan mereka selesa dan happy sepanjang percutian.
Alhamdulillah, huda dah lepas fasa bawa baby carrier dan stroller ni. Namun huda juga harus membuat persiapan tentang kasut apa yang sesuai untuk di pakai oleh anak-anak untuk memastikan mereka selesa dan happy sepanjang percutian.
8) Bawa juga permainan saiz kecil, buku dan pensil warna untuk elakkan anak merasa bosan sepanjang perjalanan atau di bilik hotel. Macam huda, encik suami memang akan beli mainan baru dan simpan dalam beg travel. sebelum naik flight akan bagi anak-anak supaya mereka tidak merasa bosan sementara menunggu flight sampai. Dalam flight pun anak-anak akan bermain. Dalam bilik hotel, suprise permainan baru juga membuatkan mood anak-anak happy, dan dapat elakkan tantrum yang boleh "spoilkan" mood bercuti.
Selamat amalkan tips ringkas dari huda ini. Percutian dengan anak-anak memang seronok dan mencabar. Sebab itu penting sangat ibu-ibu mengemas beg travel dengan selengkap dan sesempurna mungkin.
30 Comments
tips yg bgus.tq share ^_^
Terima kasih atas tips yng baik ni. 💕