Menu Breakfast Sihat, Sedap dan Mudah - Cloud Eggs - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Menu Breakfast Sihat, Sedap dan Mudah - Cloud Eggs

Menu Breakfast Sihat, Sedap dan Mudah - Cloud Eggs

Share This
Assalamualaikum. Huda nak kongsi cerita pagi semalam, huda ada cuba satu resepi menu breakfast sihat, sedap dan mudah iaitu Cloud Eggs.






Lama sangat dah nak try dari tahun lepas, tapi banyak alasan jer nak start buat. Salah satu sebab buat Cloud Eggs ni huda perlukan guna mixer, takut bising dan ganggu tidur si adik. Semalam dah semua bangun awal pagi, jadi huda rasa dah takde alasan nak tangguh lagi cuba resepi ini.



Jom huda kongsi resepi dan tutorial step by step untuk korang juga cuba nanti.



Tutorial untuk masak Cloud Eggs 

Bahan-bahan

1) 2 biji telur
2) 2 Keping Roti 
3) Sedikit garam , black peppers, white peppers dan mixed herbs
3) Side dish pilihan anda ( sosej , baked beans, etc)

Cara - cara


1) Asingkan telur kuning dan putih telur

2) Masukan garam serta lada hitam mengikut citarasa anda ke dalam putih telur ( dalam video resepi di atas, di masukkan kemudian, tapi untuk telur lebih gebu masukkan sebelum )

3) Pukul menggunakan pemutar elektrik hingga putih telur ringan seperti tekstur meringue. 

4) Sediakan dulang pembakar dengan lapik kertas pembakar atau sembur dengan baking spray

5) Dengan menggunakan senduk, ceduk telur putih yang telah dipukul tadi menjadi 2 bahagian. Dengan menggunakan sudu, lengkungkan bahagian tengah untuk kuning telur nanti.

6) Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 5 hingga 8 minit pada suhu 230ºC 

7) . Kemudian keluarkan telur putih yang sedikit garing dari oven dan letakkan telur kuning di bahagian tengah. 

8) Kemudian bakar 3 -5 minit lagi sehingga kuning telur separuh masak.. 

9) Sediakan roti di atas piring dan angkat Cloud Egg, letak di atas roti.

10) Taburkan sedikit mixed herbs, black pepper dan white peppers. Dan letak side dish mengikut citarasa anda.


Selamat mencuba. Best tau, excited jer lepas berjaya buat dan happy sebab suami pun puji, selera jer dia habiskan menu sarapan sihat yang huda sediakan. Memang Yummylicious! Tak percaya cuba tekan button play di video instagram huda.  Serius, huda memang akan repeat lagi masak Cloud Egg untuk breakfast terutama hari weekend =)


some_text

6 comments:

  1. memang best..tengok pun tau.Untung la orang yang minat telur macamni.Ina minat telur dadar dan rebus aje

    ReplyDelete
  2. Pergh..nmpk pun dah terliur ni

    ReplyDelete
  3. Wow comel mcm cloud hihi..saya kdg2 suka juga makan breakfast jenia gini

    ReplyDelete
  4. nampak comel dan sedap! nak rasa huda masak!

    ReplyDelete
  5. Cute juga cloud eggs ni. Nak try resipi ini, menggunakan microwave oven (oven betul2 takda lagi hehe)

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages