Assalamualaikum, Happy Monday Morning ^_^ . Pagi-pagi camni kena happy-happy, permulaan minggu baru hari ni, semoga rezeki kita murah sepanjang minggu ini. 
Di pagi hari, huda nak cerita satu topik favourite huda, dan rasanya favourite semua orang juga, iaitu PERCUTIAN aka HOLIDAY aka TRAVEL . Idea asal tips yang huda nak kongsikan ni huda dapat dari rancangan Nona yang huda tonton semalam. 
Untuk merealisasikan impian percutian kita perlu mulakan langkah pertama iaitu sediakan budget percutian yang mencukupi. 
Jom huda kongikan tips percutian yang paling utama :- 

5 Tips Sediakan Budget Percutian

#1 - Asingkan duit gaji dan masukkan ke tabung holiday.

Kalau macam huda tak kerja makan gaji, maka takde gaji tetap, boleh saving dari duit blogging dan bisnes. 


#2-  "Beranakkan" duit dengan pelaburan seperti ASB.






#3 - Jana duit dengan menggunakan skill dan bakat .


Macam huda, ada la sikit bakat baking, jual kuih dan kek terutama musim raya. Masyuk dan fuhhhh, penat!


#4- Berjimat dengan masak sendiri dan kurangkan makan di luar.

Huda memang suka memasak sendiri dan cuba resipi makanan sihat. Misi Eat Clean tahun ni, kurangkan makan diluar melainkan waktu travel dan waktu malas nak masak, hehe...

#5 - Jual barang terpakai di Mudah.My atau Car boot sale. 

Jual barang terpakai ini memang huda lama dah buat, sebab tak suka banyak barang dalam stor. 
Semoga tips yang huda kongsikan ini memberi manfaat kepada korang, dan silalah kongsikan kepada kenalan korang juga. Sama-sama lah kita penuhkan tabung holiday, dan semoga Allah permudahkan segala perancangan holiday kita nanti. Amin....
some_text