Setelah puas dan bosan dengan theme dengan header besar dan slider, huda nak beralih arah ke theme magazine style. Cari aura dan inspirasi baru untuk terus aktif berblogging.
Kenapa huda pilih template blog Magazine Style?
#1 - Ikut trend terkini dalam dunia blogging. Layout blog dengan theme magazine merupakan antara Top Best Blogger Template di tahun 2018.
#2 - Memudahkan pembaca memilih topik atau artikel dengan paparan pelbagai pilihan artikel di laman utama.
#3 - Paparan niche blog yang kemas. Dengan adanya susun atur magazine style ni huda bebas masukkan kategori artikel yang pelbagai di laman utama untuk menarik minat pembaca membaca bukan sekadar satu artikel sahaja bila melawat blog huda
Huda gunakan khidmat BG Design untuk upgrade blog template huda. Nak buat sendiri memang terkedek-kedek nak baca coding HTML. Lepas tu stress bila tak jadi. Maka huda serahkan pada yang pakar , dan huda boleh jimat masa dan tenaga untuk perah idea menulis artikel di blog.
Huda puas hati sangat-sangat dan semangat membara ni nak tulis macam-macam artikel dan juga buat video untuk letak di blog.
InshaAllah, lepas ni akan cabar diri siapkan artikel setiap hari. Nantikan 365 artikel blog terbaru huda di tahun 2018. Doakan huda sihat (boleh travel dan buat review hotel2 dan tempat best2) dan murah rezeki ( dapat banyak offer review dan events) InshaAllah. Rezeki itu Rahsia Allah,dan tak pernah salah alamat. Yang penting huda akan terus berusaha dan doakan yer. Terima kasih.

12 Comments