Apa nak buat bila Bateri Handphone Kembung?

Assalamualaikum semua pembaca CeritaHuda.Com
Hari ini huda nak kongsi kisah handphone kesayangan yang alami masalah bateri kembung.

Ini merupakan pengalaman pertama huda alami masalah seumpama ni. Jadi huda nak kongsi kepada orang lain mungkin alami masalah yang sama.




Beberapa minggu sebelum bateri hp huda kembung, memang kerap handphone ni on off sendiri. Huda fikir masalah handphone yg kerap jatuh kot jadi nya sistem dlm handphone ni dan tak betul. Huda redha jer la. Guna selagi hp ni masih bernyawa.

Beberapa hari lepas, handphone panas sangat lepas The Arifs layan video Youtube, dan huda perasan bahagian tepi sudah terbuka.


Huda agak hp ni terjatuh dan casing dia tercabut. Bawa ke kedai utk betulkan casing. Namun sangkaan huda meleset. Huda langsung tak sangka yang rupa2 yer bateri handphone huda dah kembung! Jika dibiarkan handphone boleh pecah!!


Ya Allah syukur huda cek cepat di kedai. Selepas setuju untuk menukar bateri baru, huda harus membayar deposit RM50 dahulu. Kemudian org kedai menempah bateri baru dari KL. Tunggu 2 hari baru la stok bateri sampai ke Kuala Terengganu.
Huda pun tinggalkan handphone dalam beberapa jam di kedai untuk orang kedai tu repair masukkan bateri baru. Handphone zaman sekarang ni semua bateri built in, jadi nak tukar bateri kena orang yang pakar buat, sebab salah buat habis rosak handphone kita.

Alhamdulillah, handphone huda dah okay. Bateri baru dan tahan lebih lama. Cas sekali boleh tahan lebih 24 jam. 

Kalau korang juga hadapi masalah bateri handphone kembung tu, bawa bertenang. Tak perlu nak beli handphone baru, tukar jer bateri. Zaman sekarang zaman jimat cermat kan, sebab duit mengalir macam air jer. 

Semoga handphone kesayangan huda, terus sihat dan sedia berkhidmat untuk huda lebih lama lagi. Huda sayang sangat handphone ni, sebab ianya hadiah suprise dari encik suami 2 tahun lepas. Tengok handphone ni teringat kenangan indah dapat birthday suprise. =)
some_text

Post a Comment

11 Comments

Gja said…
Setuju.. kalau bateri kembung tu better tukar bateri baru. Kalau dibiarkan takut rosakkan fon.
Unknown said…
berapa kos tukar bateri baru?
Unknown said…
sme la problem..smpai takut nk cas, tkut meletop 😂😂 takde pape kn 😅
Unknown said…
tp klau problem bateri kembung tu jadi baru 3-4 hari mmg kena tukaq bateri bari jgk ka,kot2 laa ada caqa lain yg bleh bg bateri tu normal blik...realme 3 bateri jenis li-po pkai baqu sebulan lebih ja dh kembung kita perasan pon sbb tgk tapak kamera blkg hat bwh tu terangkat sikit,dok bajet kuqang2 rm200 jgk kena standby nk tukaw bateri dia dh laa jeneh build in bateri dia
Unknown said…
Haahahahaha... Cuba bayang kan, kalau alik² batery tukar baru, then oneday kembung lgi yg batery baru.. koe x Naya kerana, x tekanan ker, da beli baru, tapi akhir nya kembung lgi.. beli tukar, beli tukar. Akhir nya tekanan bap alik² benda yg sama brlaku, padahal kuasa batery masih kuat,, so, tips nie saya bgi mudah, klo batery kembung tu, letak je dlm peti ais dngan berbalut plastik kedap udara. Biar kn 24jam. Then lepas 24jm tu, cak koe ambik tu btry.. compom dia kempis blek.. n jgn lupa, kering dan bersih kn dulu. Lepas tu cas btry scra berasingan, biar 2/3 jam.. bru boleh lah guna.. daripada koe beli, balek² beli lgi.. bgus koe beli HP baru jak klo gitu..
AMY said…
KLUKITACASDLM KEADAAN BATERI KEMBUNG OK KE ..TKUT MELETUP JE
Anonymous said…
hp sy cepat abis bateri blh trg kan mengapa hp sy cepat abis beteri
Unknown said…
Sama lah . sekarang ni mcm casing bukak sendiri saya takut Kena marah dgn kakak saya. Tapi bateri font saya ni ada ke dekat kedai.saya pakai phone yes je 😭😭😭😭😭😭
Anonymous said…
Bateri henpon Yes teman kembung serupa keropok bantal 🙂 teman takut meletup ja
Keliru said…
Boleh tak beli bateri baru d shopee then pergi kedai suruh drg tukar. Tak suka la simpan kedai sehari.