Pengalaman Pertama minum Cappuccino Mc Cafe

Assalamualaikum.
Selasa, 19.12.2017. Jam 1.30 pagi. Mata masih segar. Huda memang kalau minum kopi memang susah nak tidur. Tu la, siapa suruh try minum cappuccino di Mc Cafe McDonalds tadi. 


Hari semalam, huda dan suami berpuasa sunat hari Isnin, mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Dah hampir 2 bulan lebih tak puasa sunat, jadi kami ambil peluang berpuasa sambil memberi ruang rehat untuk perut yang berkerja keras memproses makanan sejak kebelakangan ini. Biasa la musim kenduri, memang macam2 makan. 

Namun...suami tiba-tiba ada urusan di luar, ada kenalan suami meminta tolong pick up di Airport dan ajak dinner di luar. Suami minta izin dengan huda. Huda ok jer. Walau rasa sedikit tak best sebab kena berbuka puasa sendiri. 

Berbuka ala kadar. Nasi beras perang, ayam dan salad. Kenyang, Alhamdulilah. 

Jam 9.30pm suami pun pulang. Mood malam ni malas nak hadap laptop buat kerja bisnes, kami suami isteri marathon cerita bersiri Dia di internet. Hampir 3 minggu kami terlepas menonton drama kegemaran kami sebab tak sempat nk tengok. 


Jam pukul 11pm. Rasa macam lapar pulak. Barangkali buka puasa sendiri tadi tak berselera nak makan banyak. 


Sahaja jer cakap dengan suami
Lapar la.... 


Suami pun kata, jom kita keluar makan. Apa lagi, tutup laptop, tak jadi nak sambung marathon 6 episod Cerita Dia. Anak-anak pun masih aktif lagi. Ajak masuk kereta, makin excited la diorang. 


Nak makan berat, rasa bersalah plak pada diri sendiri. Siang tadi puasa, tengah malam makan macam2 pula.  Suami ajak try minum Cappuccino Mc Cafe ni. First time ni nak try minum. 




Konon nk dapat macam dalam poster iklan tu. Hehe,sekali dapat dalam cawan kertas ni jer.


Takkan nak minum kopi jer kan, tambah apple pie yang berkurun rasa tak makan. Hehe. 

Review dari huda dan suami. 
First sip - tawar yer..

La..kena masukkan gula rupanya. Hehe.nampak sangat tak pernah minum

Ada pilihan white sugar dan brown sugar. Of course huda pilih brown sugar, healthier choice.

Lepas bancuh dengan gula. Rasa cappuccino ni boleh tahan sedapnya. Encik suami suka. Boleh la lepas ni repeat minum kat sini malam-malam, once a month ke nanti.

Aduhai, si Arif minta burger dan si adik minta ayam goreng McD. Terpaksa gak la belikan diorg. Walaupun diorang dah makan 2 pinggan brown rice dan scramble egg utk dinner tadi. Pelik bin ajaib kadang-kadang selera anak-anak ni. Time selera makan, makan punya la banyak. Lepas makan, biarkan diorang main di playground. Memang happy la dapat main. 



Ada la ruang dan peluang huda dan suami dating berdua. Teringat zaman bercinta 10 tahun lepas. Encik suami buat macam2 nak pikat hati huda. Macam2 makanan dan hadiah huda dapat. 

Lepas minum kopi Cappuccino Mc Cafe ni, rasa best, bukan sebab rasa kopi tu sedap semata-mata. Tetapi rasa best, Allah hadiahkan seorang suami yang baik hati belanja dan layankan tekak mengada-ngada si isteri dia waktu malam. Biasa pukul 11pm dah gelap suruh anak-anak tidur. Hari ni boleh pulak bawa pergi Supper. Terima kasih suamiku, selalu layan mengada-ngada ni sejak 10 tahun lalu.
Next time, sudi la layankan nak pergi shopping dan tunaikan wishlist yang lain pula yer, hehe. Semoga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke syurga, dan sentiasa murahkan rezeki abang...Amin..
some_text

Post a Comment

7 Comments

Eyqa Hasnan said…
Bukan selalu boleh dating berdua bila ada anak. Nasib baik The Arifs pergi main playground. Boleh borak borak tanpa gangguan sikit. Hihihihii
afizlatif said…
Sedap jugak kopi tu. First time rase yang lemak lemak manis.. Still rasa macam ada lagi kat tekak ni =)
azlina ina said…
best coffeE kat sini..hihihi.. cappucino mmg terangkat hbis..dari ina taksuka,leh jadi suka pulak.
Huda Halid said…
hehe, sempat la dating beberapa minit. ok la tu, bukan selalu dapat keluar malam-malam
Huda Halid said…
nt kita minum lagi yer =)
dya mohamad said…
hahaha kakhudaaaa.kol 11 makan.lewat ngat tuuu.diet2.hee
athirahassin said…
kalau zmn belajar dlu paling ske stdy dkt mcD sbb boleh minum coffee juga.. heheh