15 Aktiviti BEST Family Day KBBA9 di Legend Resort Cherating

Assalamualaikum.



Hari ini huda nak kongsi tentatif Family Day KBBA9 yang disediakan oleh pihak Legend Resort, Cherating
Mula-mula dapat tentatif dari pihak penganjur, rasa Ya Allah best yer, berbaloi sangat dapat join Family Day KBBA9. Memang betul-betul macam mimpi dapat buat semua benda yang sebelum ni tak pernah buat seumur hidup.

Berikut adalah 15 aktiviti yang kami lakukan sepanjang Family Day KBBA9 di Legend Resort Cherating selama 3 hari 2 malam. Enjoy tengok gambar-gambar best kami di Cherating. =)

1) Firefly Watching



Aktiviti pertama adalah Firefly Watching atau melihat kelip-kelip
KLIK untuk baca entry penuh pengalaman huda melihat kelip-kelip.

2) Ice breaking

Sejurus balik dari melihat kunang-kunang, kami semua "berkampung" dalam bilik meeting Kenanga di Legend Resort untuk sesi briefing tentang keunikan hotel Legend Resort Cherating. Kemudian sesi bersambung untuk sesi ice-breaking atau suai kenal antara blogger.


Ucapan dari pengasas KBBA9 iaitu Ben Ashaari.



Sesi suai kenal setiap blogger bercerita tentang bagaimana mereka memulakan langkah dalam dunia blogging. Bangga dapat kenal Faizal Fredley, antara top travel blogger di Malaysia. Seronok dengar dia cerita , dapat job hotel review selalu, bukan setakat di Malaysia malah di luar negara. 


Selesai sesi ice-breaking, sesi agihan Free Product dari sponsor family day kami iaitu Cosmoderm dan Film Detergent Zing+

Jam pukul 1 lebih baru selesai meeting dengan semua blogger KBBA9.



3) Sunrise Watching
Legend Resort Cherating terletak di Pantai Timur, maka aktiviti wajib yang huda takkan lepaskan adalah Sunrise Watching. Huda dan suami memang suka tengok sunrise, menikmati keindahan mentari pagi terbit di ufuk timur. Setiap kali melihat matahari terbit akan wujud perasaan syukur yang sangat-sangat dalam, kerana Allah hadiahkan hari yang baru untuk kita.





4) Telematch

Aktiviti wajib Family Day adalah Telematch atau sukaneka. Pihak Legend Resort Cherating yang uruskan persediaan untuk permainan sukaneka di sini.

Bermula dengan Telematch kategori kanak-kanak, kemudian kategori dewasa.









 Walau panas terik di bawah matahari di tepi pantai, tidak menghalang kami bersuka ria. Mujur ada TRAVEL PEK COSMODERM, kulit sentiasa terjaga dari sunburn.

6) Briefing - Scuba Dive

Selepas aktiviti telematch, kami berkumpul di tepi kolam renang untuk mendengar briefing dari Muck Dive Scuba Kuantan
Huda baru tahu yang di Cherating pun boleh nak menyelam. Sebelum tahu hanya boleh diving di pulau sahaja. Menariknya di perairan Cherating ni ada perkampungan nemo tau, jadi untuk kaki divers wajib la cuba diving di perairan Cherating pula yer. KLIK sini untuk ketahui details tentang Muck Dive Scuba, Kuantan.





7) Keropok Lekor Making

Selepas lunch dan solat zuhur, kami menaiki bas menuju ke Kemaman, Terengganu.

Untung betul trip kali ni, boleh pergi 2 negeri, Cherating di Pahang, kemudian ke Kemaman, Terengganu.


Jarak perjalanan dari Legend Resort Cherating ke Perkampungan Geliga Kemaman, hanya dalam 10-15 minit sahaja dengan menaiki bas.



Seronok tengok rakan-rakan blogger merasai pengalaman menguli keropok lekor sendiri.
Pengusaha keropok cap intan ini ada menerangkan tentang keistimewaan keropok lekor yang mereka hasilkan dari ikan tamban segar dan menggunakan tepung sagu supaya keropok lekor lembut dan tidak liat di makan.

Kami juga dihidangkan dengan air teh panas dan keropok lekor dan keropok keping yang panas-panas baru di goreng. Memang sedap tengok rakan-rakan blogger semua makan free =)
Ada juga yang terus borong untuk bawa balik ke KL.


8) Pasar Kuala Kemaman



Perjalanan di Kemaman diteruskan lagi dengan berkunjung dengan Pasar Kuala Kemaman.






9) Turtle Sanctuary

Ok, dah puas makan keropok lekor dan tengok ikan segar-segar di Pasar Kuala Kemaman, kami meneruskan perjalanan melawat Turtle Sanctuary atau lebih dikenali Pusat Penerangan dan Konservasi penyu.  Pertama kali jejakkan kaki disini walau dah berpuluh kali pergi Cherating.

Pintu masuk ke Turtle Sanctuary ini macam rumah kampung. Macam pergi beraya pun ada, hehe. 
Tiada bayaran masuk dikenakan, tapi kita di galakkan untuk menyumbang ke dana konservasi penyu di sini. 



Poster-poster penerangan tentang kitaran hidup penyu di Malaysia.





Baby Turtle yang cute. 


10) Mangrove Cruise

Misi kembara KBBA9 diteruskan lagi dengan menjelajah dan menyelusuri sungai dan melihat keindahan paya bakau serta flora dan fauna yang terdapat di Hafiz's Cherating Activities.



KLIK untuk ketahui lebih details tentang >> HAFIZ'S CHERATING ACTIVITIES<<


11) Release Baby Turtle

Selesai kembara di paya bakau, kami semua pulang ke Legend Resort Cherating untuk acara yang paling di nanti-nanti oleh kami semua iaitu  - Release Baby Turtle.

Bayaran RM20 dikenakan untuk melepaskan seekor baby turtle, bayaran tersebut akan di sumbangkan ke pusat konservasi penyu.


Sebelum melepaskan baby turtle ke laut, kami di berikan penerangan oleh staff Legend Resort Cherating tentang bagaimana memegang baby turtle  dengan betul. 


Kemudian kami semua diminta berbaris dan melepaskan baby turtle secara serentak. Memang teruja sangat waktu melihat baby turtle berjalan menuju ke laut. 


Hanya 1% hingga 5% sahaja anak penyu yang boleh survive hidup selama 100 tahun di lautan. Semoga baby turtle yang huda lepaskan panjang umur. Amin..

12) BBQ Dinner Party -Pirate Theme di Deep Sea Beach Bar

Pada sebelah malam, pihak Legend Resort Cherating telah sediakan BBQ Dinner Party - Pirate Theme di tepi pantai. Memang sangat-sangat cantik dekorasi BBQ dinner di sini.
Jom layan gambar-gambar yang cantik. Ihsan rakan-rakan blogger KBBA9







13) Sea Rafting

Pada hari ketiga kami di Legend Resort Cherating, kami diberi task "team-building" iaitu Sea Rafting. Sea rafting adalah salah satu aktiviti team-building yang di anjurkan oleh Legend Resort Cherating di mana blogger-blogger KBBA9 di minta membina sea rafting, kemudian mendayung ke lautan, kemudian pulang semula ke darat dan membuka ikatan sea rafting tersebut. Aktiviti sea rafting ini menguji kesabaran dan memupuk semangat kerjasama antara ahli KBBA9.





14) Hotel Tour

Aktiviti selepas lunch hari terakhir di Legend Resort Cherating ini adalah melawat bilik-bilik hotel yang terdapat di Legend Resort Cherating. Terdapat 205 bilik di Legend Resort Cherating terdiri daripada Superior Room, Deluxe Room, Grand Deluxe Room, Junior Suite, Cherating Suite, Legend Suite dan Penthouse.

Part paling mengujakan apabila kami semua di bawa melihat Penthouse di Legend Resort Cherating.


Seronok kami semua bergambar sakan di balkoni penthouse yang sememangnya sangat berbeza dengan bilik seaview yang huda duduk.



15) Last but not least. Group Photo Session

Aktiviti penutup dan wajib bila Family Day. Satu rahmat dapat berkenalan dan bergambar bersama blogger-blogger hebat dari pelbagai niche dan pelusuk.


Semoga ukhwah yang terjalin antara rakan-rakan blogger dari KBBA9 di Legend Resort Cherating ini berkekalan hingga hujung usia. Amin.

Amacam menarik sangatkan 15 aktiviti Family Day KBBA9 di Legend Resort Cherating ni?
Jika anda juga berminat untuk menganjurkan family day di Legend Resort Cherating boleh menghubungi Encik Meor di talian +60 13-331 9822

Terima kasih tidak terhingga kepada Legend Resort Cherating kerana menaja Family Day KBBA9.

Lawati http://www.legendresort.com.my/ untuk maklumat lanjut.


some_text

Post a Comment

3 Comments

Miera Hassan said…
bestnya.. rugi miera tak dapat join..
Mummy Audya said…
ruginye tak pat join.. semua aktiviti menarik
Meor said…
Terima kasih.
Dah share di FB page kami