Hari ini huda akan sambung cerita lebih lanjut tentang salah satu aktiviti yang huda lakukan semasa Family day KBBA9 di Legend Resort Cherating.
>> 15 Aktiviti Family Day KBBA9 di Legend Resort Cherating <<
Jujurnya, huda sangat minat swimming, snorkeling dan diving. Tapi masih belum dapat atasi panik dan takut air.
InshaAllah, huda nak anak-anak huda realisasikan minat mama dia yang tak kesampaian ni..
Ok, jom huda cerita tentang pengalaman huda dan blogger lain dari KBBA9 yang berpeluang belajar Scuba Diving di Legend Resort Cherating bersama Muck Dive.
Encik Hazrine, dari Muck Dive Scuba menerangkan latar belakang Muck Dive Scuba dan pakej-pakej yang mereka tawarkan.
Pakej yang disediakan oleh Muck Dive Scuba
Kemudian penerangan tentang penggunaan tangki oksigen dan langkah keselamatan ketika berada di bawah paras 5 meter di dalam laut untuk megelakkan masalah pernafasan dengan naik ke permukaan air secara perlahan.
Ini kerana udara yang kita hirup mengandungi oksigen dan nitrogen. Di bawah paras laut, nitrogen akan terperangkap di dalam paru-paru. Jika naik secara mendadak, ia akan menghasilkan bubble seperti air soda. Sebab itu penting ada ambil course sebelum mulakan scuba diving.
Selepas sesi penerangan tentang isu keselamatan dan cara-cara untuk menyelam, dua orang rakan blogger di pilih secara sukarela untuk mencuba alatan diving.
Memang macam-macam nak kena pakai, antaranya pemberat dalam 3 kg di bahagian pinggang dan tangki oksigen yang bersambung dengan regulator.
Kami juga di ajar isyarat tangan yang di guna pakai ketika di dalam air.
Walaupun waktu yang singkat, banyak ilmu yang kami dapat dari penerangan Encik Hazrien dari Muck Dive Scuba Kuantan.
Paling menarik jika korang berminat nak scuba diving di Kuantan adalah peluang melawat perkampungan Nemo ( ikan clown fish)
Perkampungan nemo adalah berkerjasama antara Motac Pahang, Pasdec dan De Rhu Beach Resort.
Teruja nak rasai pengalaman scuba diving di Cherating?
Berita baik!
MERDEKA DIVE - Pada 31hn Ogos 2017
2 dive hanya RM 250 SAHAJA!
Berminat?
Boleh hubungi >> 0132861620 (Zuriana)

Follow Instagram >> https://www.instagram.com/hazrineshark/
Like Fb Page >> https://www.facebook.com/muckdive/
Sekian perkongsian huda hari ini. Doakan huda mampu kawal panik dan takutkan air, dan capai impian nak diving satu hari nanti.
Sekian perkongsian huda hari ini. Doakan huda mampu kawal panik dan takutkan air, dan capai impian nak diving satu hari nanti.
“The purpose of life is to live it,
to taste experience to the utmost,
to reach out eagerly and without fear for newer and richer experience.”

7 Comments