Tudung Tapi Tak Tutup Aurat!

Alhamdulillah, bersyukur Allah hadiahkan kita hidayah untuk bertudung. Namun bertudung sahaja tak cukup, kena tutup aurat. Jom huda kongsi 15 jenis wanita yang bertudung tapi tak tutup aurat! Bertudung tapi berdosa? Yang tak bertudung tu sah2 tak tutup aurat dan berdosa sebab tak ikut syariat islam.

Bertudung Tapi Berdosa!

1.Menganggap Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2.Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

3.Bertudung - tetapi tudungnya singkat, atas paras dada menampakkan bentuk buah dada

4.Bertudung tetapi baju kebarungnya atau kebaya terbelah kainnya.

5.Bertudung tetapi seluarnya ketat dan menampakkan bentuk badan

6.Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk badan

7.Bertudung tetapi Kemeja singkat dan ketat, kain kemeja itu tidak pun menutup atau dilabuhkan

8.Bertudung tetapi Berbaju T-Shirt dan berlengan pendek menampakkan lengan dan siku

9.Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

10.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

11.Bertudung tetapi berseluar jeans,cukup ramai wanita memakai seluar jeans sekalipun ianya ketat, menampakkan bentuk tubuh badan, dan mengikut shape potongan kaki.

12.Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

13.Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

14.Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

15.Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.

Tutup Aurat = Tutup Rambut???


Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)


Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin. Bagaimana pula MAKE UP?

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku.
Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)


Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
(1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta.
Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)


Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. 
( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi) 

Semoga perkongsian ilmu ini memberi kesedaran pada semua wanita dan kaum lelaki dalam mendidik ahli keluarga mereka menuju syurga Allah.

Post a Comment

0 Comments