Formula Hassan Al Banna mendidik anak anaknya.
1) Tidak meninggikan suara.
Walaupun beliau dikenali sebagai seorang yang tegas, tetapi ketika bersama anak anak, beliau tidak akan meninggikan suaranya.
.
2) Makan bersama.
Walau sesibuk mana pun, tetap kena cari waktu untuk makan bersama. Kerana waktu makan akan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kita. Boleh kongsi cerita, kongsi pendapat.
*nota tambahan : JANGAN bermain apa jua jenis gajet ketika di meja makan.
3) Fail peribadi anak.
Isterinya menyediakan setiap anak satu fail peribadi. Ini adalah untuk memudahkan Hassan Al Banna memperbaiki mana mana kelemahan yang terdapat pada setiap anak anaknya.
4) Didik anak bersedekah.
Setiap Jumaat, beliau akan memberikan sedikit wang pada anak anaknya untuk mereka belajar memberi sedekah pada yang memerlukan.


0 Comments