Apa itu DEMAM?
Demam adalah dimana suhu tubuh anda lebih tinggi dr normal.
Suhu normal antara 36 - 38 C.
Demam adalah simptom tubuh anda tengah “perang atau lawan" virus, bakteri atau kuman yang serang tubuh kita.
Secara alamiah tubuh lepaskan zat "pyrogen" yang menyebabkan suhu badan meningkat.
ADAKAH DEMAM ITU BAGUS?
Demam tu baik bgi kita, kerana ia merupakan mekanisme tubuh kita untuk mempertahankan diri dan hindarkan bahaya yang lebih buruk pada badan.
Demam tu baik bgi kita, kerana ia merupakan mekanisme tubuh kita untuk mempertahankan diri dan hindarkan bahaya yang lebih buruk pada badan.
Sel darah putih atau leukosit memerangi kuman dan virus penyakit dalam darah dalam suhu badan yang lebih panas.
KETIKA DEMAM BOLEH MANDI ATAU TIDAK?
Mitos bahawa bila demam; tidak boleh mandi adalah SALAH.
Ini nasihat pakar kanak-kanak :
- Dengan MANDI AIR SUAM ketika demam dapat menurunkan suhu tubuh yg sedang meningkat.
-Tetapi, kalau demam disertai dengan rasa MENGGIGIL, lebih baik DI JERAM JELUM dulu dengan air SUAM lebih baik kerana MENURUNKAN Suhu badan kita secara perlahan.
- JANGAN GUNA AIR SEJUK!
Cuba bayangkan:" BELANGA YANG PANAS; TIBA-TIBA DICURAH AIR SEJUK DENGAN TIBA-TIBA.....BELANGA TU PECAH BUKAN!!
-" Jangan lalukan ini kepada anak-anak anda ye!!
- Kalau guna air sejuk akan mengakibat anak anda menggigil lagi dari teruk dan MENINGKATKAN lagi suhu badan.
PETUA TRADISIONAL
Jeram jelum kepala anak dengan AIR ASAM atau AIR BUNGA sebelum mandi terutama bahagian kepala.
Kerana OTAK kita bila terlalu panas akan menyebabkan SAWAN TARIK.
TIPS PENTING!
- Consult dengan doktor, mendiagnos PENYAKIT penyebab demam dan bagi rawatan penyakit tu bersama.
- Ketika demam; badan keluar lebih banyak cairan tubuh sehingga tubuh dehidrasi. Banyaklah minum air putih/susu bagi bayi.
- Hindari pakai selimut tebal dan sweater bagi bayi, sebab melambatkan proses pelepasan panas dari dalam tubuh. Elok baby pkai pakaian nipis masa demam ya.
Sebaliknya org dewasa ok je.Bila berpeluh je...buka sweater tersebut. Proses Kekeringan peluh menyejukan badan.
- Beristirahatlah dan jangan lakukan kegiatan berat yang gunakan tenaga. Ini kerana tubuh anda perlukan tenaga untuk melawan penyakit.
Nota PENTING!
Nota PENTING!
Suhu NORMAL badan bayi 37 °C. Bayi demam sikit bila lebih 38°C.
Demam teruk bila lebih 39°C.
Symptom bayi anda deman:
1. Panas badan. 2. Kurang selera mkn. 3. Kerap menangis. 4. Tak nak tidur/ lena.
Artikel ini di olah dari perkongsian ilmu oleh Dr. Abdul Rahim (DAR)
NAK LEBIH TIPS RAWAT DEMAM? JOM KLIK >> TIPS RAWAT DEMAM <<
Sekian coretan ceritahuda hari ini. Jom kita sebarkan ilmu agar ia memberi manfaat pada diri kita dan orang lain.


1 Comments
Bagaimana dengan orang dewasa yang demam?selain makan ubat,adakah kaedahnya sama dengan baby?
Perlu ke mandi air sejuk?atau sekadar jelum sahaja?