Pizza Samyeang Domino Memang Pedas Giler! - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Pizza Samyeang Domino Memang Pedas Giler!

Pizza Samyeang Domino Memang Pedas Giler!

Share This

Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi pengalaman pertama rasa Pizza Samyeang dari Domino Pizza Malaysia sempena Domino Samyeang Showdown yang di adakan di Evolve Concept Mall, Ara Damansara minggu lepas.


Sos Samyeang yang unik telah menjadi salah satu bahan tumpuan dalam sajian piza terbaru Domino’s. Kombinasi rasa pedas dan manis yang menyempurnakan keunikan piza terbaru ini akan membuat korang menginginkannya lagi!

Diilhamkan oleh makanan Korea kegemaran rakyat Malaysia, sajian piza Samyeang terbaru Domino’s ini menawarkan 3 pilihan iaitu Piza Tuna Samyeang, Piza Ayam Samyeang dan Piza Daging Samyeang. 

Setiap hidangan ini telah dicipta khas dengan kombinasi rasa pedas dan manis yang unik. Domino’s juga telah memperkenalkan KepakAyam-haseyo, kepak ayam yang telah dibakar sempurna dengan lapisan luar yang disaluti sos sedap Samyeang. Rasai kesempurnaan rasa sensasi Piza Samyeang dan Kepak Ayam-haseyo dengan setiap hidangan.

Pengalaman peribadi huda, domino samyeang ni memang pedas giler! Dah la time makan ni, bibir huda tengah pecah, lagi la.. pedas menusuk ke bibir , ke lidah dan perut. huhu...

Pedas tapi SEDAP!! Serius nak repeat makan lagi lepas ni. 






Untuk mendapat nilai yang lebih baik lagi, korang boleh memesan 2 Pizza Deal dan menikmati Piza Samyeang terbaru dengan lebihan keju. Harga yang ditawarkan adalah daripada RM33 untuk 2 piza bersaiz regular, RM55 untuk 2 piza bersaiz besar dan RM77 untuk piza bersaiz Ekstra Besar.

Manakala Piza Samyeang bersaiz personal adalah sah untuk tawaran Super Tuesday pada setiap hari Selasa dengan tawaran harga bermula serendah RM3.90 untuk tempahan dalam talian dan RM4.90 untuk tempahan di kaunter.

Sajian terbaru Piza Samyeang dan Kepak Ayam-haseyo boleh didapati di semua rangkaian Domino’s Pizza dari 26 Februari. Kunjungilah rangkaian Domino Pizza berhampiran korang atau menempah dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Piza Samyeang Domino’s Pizza, Kepak Ayam-haseyo dan segala promosi terkini,kunjungi kami di http://www.dominos.com.my/

Jangan lupa kongsikan gambar dan video Piza Samyeang korang di media sosial dan tag @dominosMY dan #samyeang.

2 comments:

  1. bestnya dapat makan dulu
    teringin betul nak makan pizza samyeang nih

    ReplyDelete
  2. Domino ponn ada samyang pizza. Menarik ni. Nak try jugak!

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages