Kembara KBBA9 Ke Peladang Setiu Agro Resort - Part 1

Assalamualaikum. Selamat hari Selasa untuk semua pembaca ceritahuda.com. Hari ini huda kongsi pengalaman pertama di tahun 2018 ini dengan sertai Kembara KBBA9 ke Peladang Setiu Agro Resort.



Alhamdulillah, trip pertama 2018 huda join kembara KBBA9 tanpa anak dan suami. Terima kasih en.suami bagi izin huda join buat pertama kali dalam hidup ni, blogger trip bersama geng KBBA9. 
Selama ini memang tak pernah tinggal diorang, Alhamdulillah, okay jer anak-anak mama tinggal 3 hari 2 malam. (Next time mama nak tinggal lagi boleh? Syok plak join trip gini, hehe) 

Dah habis trip, biasa soalan orang tanya, apa yang best kat sana? 


Okay, jom huda kongsikan 5 perkara menarik tentang Peladang Setiu Agro Resort. 


1) Permandangan yang cantik





2) Chalet atas tasik yang unik



Jenis-jenis Chalet yang terdapat di Peladang Setiu Agro Resort adalah Garden Chalet, Pool View Chalet, Deluxe Chalet, Deluxe VIP, Deluxe Family dan VIP Suite.
Selain itu ada juga tapak perkhemahan, dan dorm.


3) Kemudahan




Restoren terapung dan hidangan makanan yang disediakan oleh tukang masak tempatan ( memang sedap semua makanan yang di hidangkan di sini sepanjang 3 hari 2 malam huda di sini).




Selain itu terdapat juga Agro Cafe yang menyediakan masakan panas yang sedap dan harga yang murah!



Surau yang luas untuk solat berjemaah dengan selesa. 



Taman air mini Peladang Setiu Agro Resort , terdapat 3 kolam berbeza untuk keselesaan pengunjung. 



4) Aktiviti di dalam resort


Terdapat pelbagai aktiviti best di sini antaranya river crossing, kayak, jungle trekking, night agro trekking, obstacle course, abseiling, rafting, solo camping, flying fox, survival program dan water confident. 

5) Aktiviti di luar resort
Melawat dan merasai pengalaman di Laguna Agro Resort seperti mencari lokan, kepah dan scallop di kawasan Laguna Setiu.






Amacam, terbaik tak Peladang Setiu Agro Resort ni?



Berminat nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi :- 


PELADANG SETIU AGRO RESORT

Alamat: Lot 3912, Guntong, 22040 Setiu, Terengganu Darul Iman.
Telefon: 09-692 0059/09-692 0039/09-692 0017/019-919 2240
Email: peladang_agroresort@yahoo.com
Website: www.agroresort.com
Facebook: Agroresort Setiu Terengganu

Nanti kan sambungan entry Kembara KBBA9 Peladang Setiu Agro Resort - Part 2 esok!

Post a Comment

2 Comments

Julia Johari said…
Taman mini air peladang Setiu tu menarik nya...untung dapat reward 'Me Time' kat sini dengan geng KBBA9...lepas ni join lg tau.
Lynda Che Lah said…
Ada mini pool. Utk anak-anak takde lah bosan sgt kan