Assalamualaikum. Selamat Pagi khamis, esok dah Jumaat dan bermula cuti sekolah penggal yang pertama untuk tahun 2018. 

Cepat yer kan masa berlalu... Anak-anak huda pun dan makin meningkat usia, Abang Arif Haikal masuk 6 tahun dan Adik Arif Hakim masuk 4 tahun. 

Memang best bila tengok anak-anak makin meningkat usia, tapi yang tak best bila anak makin meningkat usia, mula lah masalah "picky eater" tu wujud. Cerewet sungguh makan, sampai tahap stress dah ni, yer la, mama dah masak macam-macam, anak-anak pandang sebelah mata jer. Aduhai, kecil hati mama,merajuk dah la tak nak masak. 

Risau... memang risau. Anak-anak kena makan dapatkan nutrisi terbaik untuk mereka membesar dengan sihat dan bijak. 

Alhamdulillah, rezeki huda bertemu produk best dari Himalaya Malaysia iaitu BONNISAN.

Bonnisan boleh membantu menyelesaikan masalah : 

1. Kurang selera makan atau tiada selera nak makan
2. Kurang toleransi atau cerewet makan
3. Perut kembung
4. Kolik atau sakit perut
5. Masalah pencernaan

Betul ke Bonnisan mampu memyelesaikan semua masalah di atas?

Huda ni memang sukar sikit nak percaya produk kesihatan ni, melainkan ada clinical research ( gini la bila dah biasa hidup buat research, takkan puas hati selagi tiada bukti). 

Kalau korang pun macam huda, jemput la baca >> CLINICAL RESEARCH BONNISAN<<

Okay, bila dah puas hati dengan result clinical research tentang Bonnisan ni, huda nak ajak korang kaji pulak apa pula kandungan dalam Bonnisan ni. Betul ke SELAMAT untuk anak-anak kita makan? 



Bonnisan merupakan gabungan ekstrak herba yang selamat untuk di makan. Antara 13 ekstrak herba yang terkandung dalam bonnisan adalah Dill Oil, Tinospora Cordifolia, Piper longum, Cichorium intybus, Terminalia Chebula, Achillea millefolium, Tribulus terrestris, Capparis spinosa, Emblica officinalis, Cassia occidentalis, Elettaria cardamomum, Tamarix gallica dan Boerhaavia diffusa.

Herba-herba yang terkandung dalam Bonnisan ni semua bagus dalam memelihara sistem penghadaman dan membantu proses tumbesaran lebih effektif untuk anak-anak kita. 

Ramai dah kawan-kawan huda dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang dah cuba dan memang terbukti berkesan kepada anak-anak diorang antaranya kak Azni , Kak Nina dan Julia Johari. 



Suka sangat tengok anak-anak selera makan. Lepak tepi pantai sambil suap diorg makan. Perut kenyang baru la senang hati diorang main. Walau kerap main pantai, kena bayu laut dan panas matahari, huda tak risau lagi, yakin dengan tubuh badan mereka yang sihat dengan nutrisi yang cukup. InshaAllah. Kita usaha yang terbaik, semoga Allah juga izinkan anak-anak kita membesar dengan sihat.

Dah baca macam-macam tentang Bonnisan, korang mesti berminat nak beli satu kan nak bagi anak-anak makan. 

Harga Bonnisan ni sangat affordable iaitu  RM24.90 sahaja.
Sesuai untuk kanak-kanak usia 1 tahun ke atas. 

Anda boleh beli di butik Himalaya , atau farmasi berdekatan. Nak lagi mudah beli jer online di Lazada atau Shoppe.

Untuk maklumat lanjut, follow : -


Sekian perkongsian huda hari ini.Semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat. Amin....