Bonnisan - Penyelesaian Masalah Anak Picky Eater


Assalamualaikum. Selamat Pagi khamis, esok dah Jumaat dan bermula cuti sekolah penggal yang pertama untuk tahun 2018. 

Cepat yer kan masa berlalu... Anak-anak huda pun dan makin meningkat usia, Abang Arif Haikal masuk 6 tahun dan Adik Arif Hakim masuk 4 tahun. 

Memang best bila tengok anak-anak makin meningkat usia, tapi yang tak best bila anak makin meningkat usia, mula lah masalah "picky eater" tu wujud. Cerewet sungguh makan, sampai tahap stress dah ni, yer la, mama dah masak macam-macam, anak-anak pandang sebelah mata jer. Aduhai, kecil hati mama,merajuk dah la tak nak masak. 

Risau... memang risau. Anak-anak kena makan dapatkan nutrisi terbaik untuk mereka membesar dengan sihat dan bijak. 

Alhamdulillah, rezeki huda bertemu produk best dari Himalaya Malaysia iaitu BONNISAN.

Bonnisan boleh membantu menyelesaikan masalah : 

1. Kurang selera makan atau tiada selera nak makan
2. Kurang toleransi atau cerewet makan
3. Perut kembung
4. Kolik atau sakit perut
5. Masalah pencernaan

Betul ke Bonnisan mampu memyelesaikan semua masalah di atas?

Huda ni memang sukar sikit nak percaya produk kesihatan ni, melainkan ada clinical research ( gini la bila dah biasa hidup buat research, takkan puas hati selagi tiada bukti). 

Kalau korang pun macam huda, jemput la baca >> CLINICAL RESEARCH BONNISAN<<

Okay, bila dah puas hati dengan result clinical research tentang Bonnisan ni, huda nak ajak korang kaji pulak apa pula kandungan dalam Bonnisan ni. Betul ke SELAMAT untuk anak-anak kita makan? 



Bonnisan merupakan gabungan ekstrak herba yang selamat untuk di makan. Antara 13 ekstrak herba yang terkandung dalam bonnisan adalah Dill Oil, Tinospora Cordifolia, Piper longum, Cichorium intybus, Terminalia Chebula, Achillea millefolium, Tribulus terrestris, Capparis spinosa, Emblica officinalis, Cassia occidentalis, Elettaria cardamomum, Tamarix gallica dan Boerhaavia diffusa.

Herba-herba yang terkandung dalam Bonnisan ni semua bagus dalam memelihara sistem penghadaman dan membantu proses tumbesaran lebih effektif untuk anak-anak kita. 

Ramai dah kawan-kawan huda dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang dah cuba dan memang terbukti berkesan kepada anak-anak diorang antaranya kak Azni , Kak Nina dan Julia Johari. 



Suka sangat tengok anak-anak selera makan. Lepak tepi pantai sambil suap diorg makan. Perut kenyang baru la senang hati diorang main. Walau kerap main pantai, kena bayu laut dan panas matahari, huda tak risau lagi, yakin dengan tubuh badan mereka yang sihat dengan nutrisi yang cukup. InshaAllah. Kita usaha yang terbaik, semoga Allah juga izinkan anak-anak kita membesar dengan sihat.

Dah baca macam-macam tentang Bonnisan, korang mesti berminat nak beli satu kan nak bagi anak-anak makan. 

Harga Bonnisan ni sangat affordable iaitu  RM24.90 sahaja.
Sesuai untuk kanak-kanak usia 1 tahun ke atas. 

Anda boleh beli di butik Himalaya , atau farmasi berdekatan. Nak lagi mudah beli jer online di Lazada atau Shoppe.

Untuk maklumat lanjut, follow : -


Sekian perkongsian huda hari ini.Semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat. Amin....








Post a Comment

10 Comments

SalinaJohari said…
Sal dah try dan alhamdulillah...selera anak semakin meningkat dan perkembangan yang amat positif
Julia Johari said…
Risau kan bila anak on off mkn...bukan x bagi makan...bukan halang makan...tp kekerapan mkn tu berkurangan...bagus bonnisan ni.

Tq sudi tag link review juju...anak skrg alami chicken pox...pun masih elok mkn nya ihsan bantuan bonnisan. Alhamdulilah.
Azni said…
Bagus entri ni. Ada link dgn clinical research
Nina Mirza said…
Alhamdulillah berkesan gak tuk anak² Huda. Lega kannn anak dah ada selera makan.
Kaklya pon dah try utk.akif..sekarang ni dah berselera dah dia makan .. kiranya menjadik laa bonissan ni
Qaseh Dalia said…
Good sharing .. bagus produk ni
mas saari said…
Akak pun baru amalkan Bonnisan ni untuk anak², so far kesannya positif. Selera makan diaorang makin baik.
azlina ina said…
memang berkesan..dan mampu dimiliki. anak-anak bselera makan setelah gunakan bonnisan.
apekinahdotcom said…
anak kinah memang cerewet bab makan. Bila ajak makan tak nak. Macam-macam vitamin dah kinah cuba pun tak jalan. tengok ramai kawan-kawan review bonnisan ni nak juga cuba mana la tahu berkesan. So far anak kinah dah mula nak mintak makan. tengok orang makan dia pun nak makan. alhamdulillah
Unknown said…

Cancer, a Trouble for the Nation!
Cancer, one of the most dangerous diseases, kills more than 1300 Indians1, as claimed by the India Council of Medical Research (ICMR)’s National Cancer Registry Programme. In India, for the last 26 years, the cancer rate has more than doubled2. Out of which breast cancer has been found the most common in Indian women. It is quite shocking that out of more than 100 types of cancers, only four types of cancers, viz., cervical cancer, lung cancer, oral cancer, and breast cancer, constitute 41 percent of cancer in the whole country.
FOR MORE INFORMATION VISIT
https://zenonco.io/articles-and-blogs/awareness-and-prevention/cancer-a-trouble-for-the-nation/
https://lovehealscancer.org/our-programs/