Bagus yer Mark Adam Kongsi Hadiah Juara Bintang Bersama Bintang - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Bagus yer Mark Adam Kongsi Hadiah Juara Bintang Bersama Bintang

Bagus yer Mark Adam Kongsi Hadiah Juara Bintang Bersama Bintang

Share This

Assalamualaikum.  Semalam siapa tengok final Bintang Bersama Bintang di TV3?

Huda dan suami memang selalu layan rancangan Bintang bersama Bintang ni sejak minggu pertama lagi. Saja habiskan masa dan hiburkan hati hujung minggu dan suka tengok lawak sengal Mark Adam ni.

Huda rasa nak puji la dengan sifat Mark Adam ni, walau dia telah berjaya merangkul gelaran Juara dan menang RM100,000 namun dia tak gelap mata dengan sejumlah wang yang dia terima tu.

Tanpa ragu-ragu dia terus umum nak kongsi duit dengan 4 finalist Bintang bersama Bintang yang lain.  Mula-mula dia umum nak kongsi RM50k jer, tapi finalist lain boleh pulak request nak up jadi RM60k (jadi diorang boleh agihkan setiap sorang 15k)

Dia siap ingatkan, finalist yang dapat duit tu jangan lupa sedekah kepada yang memerlukan.

Selain itu huda nak puji juga dia tak lupa jasa kawan-kawan yang banyak tolong dia menjayakan persembahan terbaik setiap minggu.

Bagus yer sifat Mark Adam ni. dah la memang tak pernah lupa langsung Mak dia setiap minggu, mesti ada masukkan nama mak dia setiap kali persembahan.

Haish..banyak dah ni puji Mark Adam.. semoga beliau baca dan sudi kongsi duit sikit dengan huda..hehe ( tetiba kan...haha)

Apa-apa pun, huda happy sebab Mark Adam menang, dia memang layak dan huda kagum dengan semangat dia, walau dia  bertanding dengan pelawak handalan Malaysia tapi dia berani sahut cabaran dan buat yang terbaik setiap minggu.

Semoga Mark Adam terus berjaya dalam karier. Nak tengok Mark Adam berlakon movie cerita lawak pulak nanti.





Selain dari suka dengar lawak sengal dan bendul dari Mark Adam ni, huda pun suka sangat dengar Mark Adam ni nyanyi, suara jadi sedap terus berbeza betul macam dia cakap biasa.

Huda suka dia nyanyi lagu "Prefect" ni, aduyai...feeling habis..





Ok, habis dah coretan di pagi Isnin ni, nak sambung buat kerja lain. Huda doakan lebih ramai orang yang mempunyai sifat-sifat pemurah, baik hati dan ikhlas macam Mark Adam ni. Semoga kita semua mendapat inspirasi dari beliau. Tahniah Mark Adam! You are Awesome!!

1 comment:

  1. Mark Adam nie tak lawak mana pun tapi cara dia bercakap tu jadi lawak yang boleh buat orang ketawa

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages