Harriston DIY Chocolate Workshop bersama The Arifs - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

 Harriston DIY Chocolate Workshop bersama The Arifs

Harriston DIY Chocolate Workshop bersama The Arifs

Share This

Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi pengalaman pertama The Arifs DIY coklat di Harriston Signature.

Bila jer sebut coklat, semua budak termasuk la mama dan papa memang excited kan?

Lagi excited bila diberi peluang DIY coklat sendiri bersama anak-anak. Jom huda cerita lebih lanjut tentang pengalaman The Arifs di DIY Chocolate Workshop ini.

HARRISTON DIY Chocolate Workshop


Ia merupakan satu pengalaman yang menarik untuk sesiapa sahaja yang berminat menhasilkan sendiri coklat dengan kreativiti sendiri. Terbuka untuk dewasa dan juga kanak-kanak 3 tahun ke atas.

Harga untuk workshop ini hanyalah RM35 / pax. Ia memakan masa lebih kurang satu jam , dan setiap peserta akan di berikan Harriston DIY chocolate kit.



Terdapat 4 proses dalam HARRISTON DIY Chocolate Workshop iaitu :

1) Chocolate Moulding

2) Lollipops

3) Chocolate Painting

4) Moulding Harris, the Orang Utan



Selepas siap semua proses di HARRISTON DIY Chocolate Workshop ,coklat akan di biarkan selama 10 minit untuk pastikan coklat mengeras dahulu, sebelum kami dapat bawa pulang.

Sementara menunggu 10 minit, huda bersama The Arifs pun shopping coklat yang terdapat di Harriston Signature ni.


Banyak tau perisa yang unik di sini seperti coklat dengan filling durian,coklat perisa tongkat ali, coklat perisa kari, perisa cili, dan macam-macam lagi jenis coklat di sini. Selain coklat ada juga jual ice cream, dan choco powder untuk buat minuman chocolate.

Ketika huda berkunjung ke Harriston Signature waktu hujung minggu, jadi memang penuh kedai dengan pengunjung yang rata-ratanya adalah tourist yang ingin shopping coklat untuk bawa balik ke Negara asal mereka.

Memang tepat dengan tagline Harriston “ A unique Malaysian Chocolate Experience



Huda sangat-sangat rekemen pada ibu bapa bawa anak-anak anda rasai pengalaman HARRISTON DIY Chocolate Workshop. Berbaloi sangat dan boleh spend quality family time. Huda sendiri nak repeat datang sini, sebab nak bagi adik hakim pula rasai pengalaman DIY coklat macam abang Arif.
Selain tarikan Harriston DIY Chocolate Workshop ni, huda nak shopping lagi coklat disini sebab ada special diskaun untuk rakyat Malaysia tau sebanyak 25% tau!! Jadi korang, pergi tau Harriston ni, konfem puas hati, sebab coklat di sini sedap sangat, setanding jenama terkenal.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :


Harriston Signature


- Kuala Lumpur
10 & 12, Jalan 13/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur,
Malaysia
Phone: +603 9281 5122 / +603 9282 5122

- Penang
68, Jalan Kelawei, 10250,
Georgetown, Penang,
Malaysia
Tel: +604 226 1626 / +604 226 2306


Harriston Boutique


-Kuala Lumpur
Pusat Perlancongan Malaysia (MATIC)
139 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: +603 2162 2008 / +603 2162 4008

-Penang
20-D, Jalan Bagan Jermal,
10250 Penang,
Malaysia.
Tel: +604 226 7010

Harriston Genting Highland
Gohtong Jaya, Genting Highland
1 & 2, Jalan Jati 1,
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highland,
Malaysia.
Tel: +603-6100 2010

Layari website untuk lebih info www.harriston.org dan follow https://www.facebook.com/HarristonMY/

Akhir kata, jom layan Vlog huda sepanjang berkunjung di Harriston Signature KL.






15 comments:

  1. https://haruanpuyu3rasa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. best juga macmam ni boleh diy cekelat sendiri

    ReplyDelete
  3. Iya, bukan budak je kan suka. Kita yang dewasa ni pun suka. Eh menariklah coklat yang ada kat Harriston signature ni. Perisa tongkat ali tu Rose tak pernah tahu pun ada! Wahhh sedap ni.

    ReplyDelete
  4. What a lovely experience for you and your family. I'll love to pay Harriston a visit and DIY my own chocolates and it's really unique to see durian chocolate, wonder what it taste like, I've not tried anything like that yet.

    ReplyDelete
  5. Yang durina filing tu agak berat la untuk saya sebaba saya tak makan durian. huhuhu.. Bestnye dapat DIY coklat sendiri. Mesti harum bau coklat ni.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya. Aktiviti macam ni Elok utk sekeluarga. Sebab sebagai ibu bapa kena kreatif. Setakat main bola kat Taman, main layang-layang, main belon Sabun, Kidzania. Tu semua dah biasa. Coklat ni dah la budak-budak suka. Lagi la mereka Teruja. Hehe

    ReplyDelete
  7. memang seronok bila dapat melibatkan aktiviti DIY Bersama anak2..selain daripada dpt belajar sesuatu yang baru..ini juga merupakan masa 'bonding' bersama anak2

    ReplyDelete
  8. waa bestnyaa dapat masuk workshop macam ni, especially bila dapat buat dengan anak2 kan! diorang pon mesti happy! tak pernah lagi try coklat Harriston ni, nanti nak try jugaklah hehe..nampak menarik betul 😁

    ReplyDelete
  9. Bestlah anak-anak dapat buat aktiviti macam ni. Dia open untuk public tak kalau kita nak cuba?

    ReplyDelete
  10. A good workshop and the most important spend more time with children to create a good chocolate. I like the idea they have this diy workshop.

    ReplyDelete
  11. macam syok je aktiviti ni. nanti nak bawa anak-anak ke sinilah. PEngalaman baru utk mereka ni. Harga pun berbaloi tu..tapi mesti diorang aktif gila lepas makan coklat ni..

    ReplyDelete
  12. Suddenly wanna try this again. Miss their delicious chocolate so much

    Racheal

    ReplyDelete
  13. Oh, I didn't know that they have this sort of activity in KL! How did I not know this before? Will certainly bring my little one here- this looks like it would be such a fun experience to do, plus she will certainly learn something from it too.

    ReplyDelete
  14. this chocholate workshop is so fun.. best thing is to learn diy chocolate in such a great place.. And eat chocolate immediately after this

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages