Sambut Anniversary di Showcase Gempak Giler Bangi Wonderland

Assalamualaikum, selamat pagi semua. Mood banyak happy hari ini sebab nak kongsi cerita semalam. Apa yang berlaku semalam , 2 Disember 2017? 
Tarikh keramat ini, tarikh 2.12 huda sambut anniversary perkahwinan yang keenam. Tahun ni saja tak nak plan holiday mana-mana seperti tahun sebelumnya. Sebab utama sejak aktif berblogging dan join Kelab Blogger Ben Ashaari ini selalu murah rezeki dapat jemputan. Rezeki 2.12.17 dapat jemputan ke " A Day with Bangi Wonderland" dan perlancaran Showcase Gempak Giler Bangi Wonderland.
Sambil selam minum air orang kata. Sambil huda buat job blogger, sambil happykan family sempena anniversary mama papa semalam. 

Huda gerak dari kampung di Muar seawal 8.30 pagi. Ikutkan dalam 2 jam sampai, tapi sebab ada tersesat sebab ikut map pun pusing-pusing nak ke Bangi Wonderland. Huda sampai dalam jam 11 pagi. Terlewat sampai, rakan-rakan blogger lain dah siap bergambar dan buat suprise untuk Ben Ashaari yang menyambut hari jadi beliau kelmarin. Takde rezeki nak tumpang kek dia semalam. hehe.


Selesai huda menikmati morning refreshment yang disediakan oleh Bangi Wonderland, anak-anak dan suami terus salin baju untuk main water theme park. Huda pula terus duduk di Giant Canopy untuk tunggu event launching Showcase Gempak Giler di Bangi Wonderland.

Majlis ini di rasmikan oleh Pengarah Besar Bangi Wonderland Encik Steven Chang. 
Majlis " A day with Bangi Wonderlaand " turut dihadiri wakil media lain, rakan niaga, wakil Majlis Perbandaran Kajang, Tourism Malaysia, Tourism Selangor dan komuniti. 
Seterusnya kami semua menyertai permainan Telematch. Memang kelakar dan seronok tengok permaian pertama iaitu anak Gorilla. Telematch kedua, huda terpaksa main, sebab Ben Ashaari suruh main. Bila big boss suruh automatik kena main. huhu..walau masa tu tengah sakit perut. 
Alhamdulillah, main telematch masukkan gelung sambil berpegangan tangan ,group kami berjaya dapat nombor 2. Ok lah tu, yang penting dapat hadiah. 
Selepas habis telematch, kami semua dijemput untuk makan tengahari. Perut tengah tak sedap semalam, tak dapat nak menikmati nasi beriyani yang sedap. Makan beberapa suap jer. Takpe lah, yang penting suami dan anak-anak sihat dan berselera makan. 
Bila perut kenyang, hati senang jom sambung main. 
Jom huda kongsikan 16 jenis permainan yang terdapat di Bangi Wonderland ni. 
1) Kids Adventure
2) Anaconda Trail
3) Body Slide
4) Boomeriang 
5) Green Pearl
6) Insane Racer
7) Magic Funnel
8) Mender River
9) Pirates Bay
10) Pirates Spa
11) Spiralax
12) Surf Rider
13) The Fall
14) Typhoon River
15) Water Cannon
16) Wonder Loop
Wow banyak yer, 16 rides tu, memang berbaloi-baloi sangat datang sini.

Mula-mula nak bergambar di tepi-tepi jer, malas nak salin baju. Tapi The Arifs kata, mama tak main lagi. Arif Haikal ini kalau mama tak main sekali mesti dia tak nak balik nanti. Jadinya main la juga di Kids Adventure.  

Lepas syok main, jam dah nak pukul 2. Kitorang pun naik dan duduk di bawah Giant Canopy untuk enjoy persembahan Ezad Lazim dan Ameng. Memang Showcase Gempak Giler di Bangi Wonderland ini memang awesome. Sambil bermain air dapat tengok showcase artis-artis yang best di Malaysia.




Huda memang rekemen korang semua datang sini sepanjang cuti sekolah ni, sebab ada promosi terbaik dari Bangi Wonderland. Selain itu Bangi Wonderland juga telah dinaik taraf dari segi isu keselamatan ( rasanya semua tempat ada anti-slippery mat). jadi nak bermain senang hati.

Promosi  - Harga Tiket sempena Gempak Giler (1 - 31 Disember 2017)



MyKad : Untuk 4 orang RM150 (Isnin - Jumaat) / RM180 (Sabtu - Ahad)
Tanpa MyKad : Untuk 4 orang RM180 (Isnin - Jumaat) / RM210 (Sabtu - Ahad)

Semua tiket promosi boleh dibeli terus di kaunter Bangi Wonderland atau boleh juga didapati melalui ejen tiket online seperti 11street.my, travelog.com dan wonderful.asia.

Maklumat tentang Bangi Wonderland untuk rujukan anda sebelum datang ke sini. 



Bangi Wonderland dibuka seperti berikut :


Isnin - Jumaat : 11.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu - Ahad : 10.00 pagi - 6.00 petang
Tutup pada setiap Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum.


Website: www.bangiwonderland.com.my

Alamat : No. 2, Persiaran Bangi Avenue,
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Telephone: +603 8912 8333

Fax: +603 8928 0333

Email: sales@bangiwonderland.com.my


Bye-bye Bangi Wonderland. The Arifs happy sangat datang sini. Memang puas hati main dan berhibur. Terima kasih Bangi Wonderland jemput kami sempena Anniversary korang, kitorang pun tumpang sambut anniversary sekali hari ini. Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari, korang memang terbaik! Hope next time dapat jumpa lagi.
some_text

5 comments:

  1. Insha Allah ada rezeki jumpa lagi. Happy anniversary HudaAfiz!

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary Huda n asben...patut pinjam kek Ben utk potong kek anniversary

    ReplyDelete
  3. tak merase lagi nak pergi.. syiok gak nampaknye kat sini

    ReplyDelete
  4. Happy aniversarry Huda.. jomla datang lagi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.