Penyakit Pemakan Rezeki?

12:06 pm
Assalamualaikum.
 Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Korang dah ucap syukur Alhamdulillah untuk nikmat sihat hari ni?

Sebagai mama, huda bertambah-tambah syukur setiap kali bangun pagi tengok suami dan anak-anak sihat. Ya Allah, besar sangat nikmat sihat ni berbanding rezeki duit berjuta-juta. 



Huda hari ni ada dapat reminder dari seseorang tentang " Penyakit Pemakan Rezeki"

Macamana tu penyakit jadi pemakan rezeki.

Jika nikmat sihat Allah tarik, rezeki dalam bentuk duit pasti akan keluar untuk menampung kos perubatan. 
Seterusnya rezeki selera makan , pastinya sudah hilang. KFC depan mata yang pun tak terasa nak makan pun. 

Kemudian rezeki masa. Masa nak bekerja pun terpaksa dikorbankan dengan berehat dan tidur sahaja. 

Saat huda menulis ini, huda sebak sangat bila teringat time huda sakit teruk. Banyak kali episod huda sakit teruk, yang makan pun tak boleh, jalan pun tak boleh, jalan jer rasa tak jejak tanah, terus pengsan. Sejak zaman sekolah lagi.   Teringat juga episod sakit alahan setiap kali pregnant. Sampai huda rasa give up untuk pregnant lagi. 

Masa sakit memang huda rasa Ya Allah, beratnya ujian hidup ni. Paling tak best terpaksa susahkan orang lain. 

Namun setiap episod penyakit yang datang itu penuh dengan hikmah dan tanda Allah sayang dengan bersihkan dosa yang lalu. 

“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”
(QS. Al-Baqaroh : 155-157).

Sementara nikmat sihat ini Allah pinjamkan pada huda sekeluarga, huda nak kongsi satu tips untuk elakkan penyakit yang boleh jadi pemakan rezeki anda kelak. 

Bersihkan hati, supaya hati selalu tenang, stress-free. Stress punca penyakit yang "glamour" sekarang ni macam migraine, darah tinggi dan strok. Bukan sekadar kena jaga makan dengan "eat-clean" tapi kena "heart-clean". 

Cara paling mudah nak bersihkan hati supaya tenang sentiasa, tak kira hebat mana masalah hidup yang Allah turun kan untuk uji kita adalah dengan SOLAT. 

Jaga Solat 5 waktu, zikir selepas solat jangan tinggal, doa dengan hati yang khusyuk dan kuatkan lagi ibadah kita dengan SOLAT MALAM.  

Bila hati kita rasa dekat dengan Allah, ketenangan hati tu tak tergambar dengan kata-kata. best sangat2. 

Semua orang ada masalah hidup sendiri kan, huda pun ada. Kadang-kadang rasa stress. Tapi ingatlah, jangan biarkan penyakit menjadi pemakan rezeki kita hari ini dan hari-hari mendatang. Jom kita jaga solat dan berusaha untuk bangun solat setiap malam, supaya Allah hadiahkan ketenangan hati dalam hidup yang penuh onak duri ini. Jom hidup STRESS-FREE 😍


some_text

1 comment:

Powered by Blogger.