Yeay! Huda dah jadi Air Asia Blogger Community.

9:22 am
Assalamualaikum semua. Pagi Khamis yang mendung di bumi Kuala Terengganu. Namun hati huda secerah mentari bersinar sebab huda dah capai satu milestone dalam dunia blogging.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Huda dah start menulis blog sejak 7 tahun lepas, masa tu fokus blog bisnes sahaja. Kemudian huda stop sebab personal reason. Kemudian huda beli domain ceritahuda.com ini dan niat nak blogging secara professional. 

Niat yang betul, dengan izin Allah, perjalanan blogging huda dipermudahkan. Bermula dapat masuk Kelab Blogger Ben Ashaari , rezeki blogging semakin mencurah-curah. 



Dan pagi ini, huda baru lepas isi form untuk jadi ahli blogger community yang terkenal di Malaysia iaitu Air Asia Blogger Community.

Alhamdulilah! Yeay!! Huda dah jadi Air Asia Blogger Community! 
So lepas ni huda boleh gunakan #AABC dalam post social media huda. 

Bagi huda pencapaian hari ini adalah salah satu milestone yang huda teringin nak capai bila huda decide nak jadi professional blogger ni. Alhamdulillah, dengan izin Allah, milestone achieved today!


Huda juga terima first event invitation selepas jadi member #AABC ni. 

Wow, menarik tu, pergi event dan beli buku Tony Fernandes ni berpeluang menang tiket flight dan percutian ke Hawaii. Namun, jauh sangat nak pergi KLCC weekend ni. Takpe la first invitation ni tak dapat nak penuhi, inshaAllah next event #AABC huda akan join. 

Hope ada rezeki dapat free flight dari Air Asia, hehe. Doakan perjalanan blogging huda dipermudahkan dan rezeki blogging diperluaskan, InshaAllah...Amin...
some_text

3 comments:

Powered by Blogger.