Maksud sebalik Logo Cerita Huda

Assalamualaikum semua pembaca cerita huda. Salam Hujung Minggu untuk semua, semoga Allah memberkati kita selalu.


Perasan tak header blog huda dah berwajah baru? Huda nak kongsi cerita sebalik logo yang direka eksklusif untuk huda oleh encik graphic designer, BG Design Resources
Logo ceritahuda adalah bentuk kotak simbolik kotak fikiran huda. 

Tagline : Endless Possibilities Outside of the box 

Maksudnya dengan huda menulis di ceritahuda.com ini, huda menulis segala yang ada dalam kotak fikiran huda. Setiap apa yang huda rasa, huda fikir, pengalaman huda keluarkan semuanya dalam bentuk penulisan yang boleh huda baca di masa terluang dan dengan niat perkongsian ini memberi manfaat kepada orang lain. Dengan menulis dan "keluarkan" isi dalam kotak fikiran huda ini akan tercipta kemungkinan tiada had - "endless possibilities" .

Apa jua kemungkinan yang bakal berlaku, huda yakin semuanya yang baik-baik sahaja, sebab huda tahu niat huda menulis dan berkongsi hanya fokus pada kebaikan dan membantu, dan segala kebaikan pasti Allah balas dengan kebaikan dan bukakan pintu rezeki yang luas untuk huda. InshaAllah.








Warna pilihan huda ada warna kegemaran sejak azali iaitu warna biru yang bermaksud ketenangan, kejujuran dan kebaikan. Huda variasikan logo dengan gabungan warna oren-kuning dan hijau simbolik warna-warna dalam kotak fikiran huda.

Warna Oren-Kuning bermaksud Personal Power, Logic , Optimism dan Creativity.

Warna hijau bermaksud Harmony, Balance dan Acceptance

Huda juga sertakan niche blog huda yang dominant iaitu Lifestyle, Travel, Review dan Advertorial, supaya memudahkan client memilih huda untuk job sesuai.

Itu lah cerita disebalik logo ceritahuda.com. Bagi huda setiap blogger perlu ada logo untuk personal branding diri sebagi professional blogger. Ini profession huda, jadi huda buat yang terbaik, dengan imej terbaik supaya semua client-client puas hati bila bekerjasama dengan huda. Alhamdulillah, rezeki logo siap, huda siapkan blogger profile terus ada client minta. Semoga salah satu usaha huda mencari rezeki di bumi Allah ini dipermudahkan. Ok, jika korang tercari-cari graphic designer untuk reka bentuk logo boleh hubungi BG DESIGN.

Berikut huda sertakan pakej logo yang di tawarkan:

 Pakej 1: RM199, Tapi kami buat promosi skrg. RM99 sahaja. Siap dlm masa 5 hari bekerja, 3 option logo untuk dipilih, dan boleh ubah design sampai 3x.

 Pakej 2: RM119, Tapi kami buat promosi skrg. RM89 sahaja. Siap dlm masa 4 hari bekerja, 2 option logo untuk dipilih, dan boleh ubah design sampai 2x . 

Pakej 3 : RM99 promosi dengan harga hanya RM59 sahaja. Siap dlm masa 3 hari bekerja dan 1 option logo. 1x minor edit. 

Rasanya harga paling murah untuk servis design logo yang huda jumpa. 
Nak tempah? 

Boleh whatsapp -010-7950473 
Facebook Page : BG DESIGN 

Ok lah, sekian perkongsian isi kotak fikiran huda pagi ini. huda nak teruskan misi transformasi "seseorang" jadi travel blogger. ( Supaya ada teman pergi event dan travel review sama-sama, hehe)



“We write to taste life twice, in the moment and in retrospect.”


some_text

2 comments:

  1. nak rebranding jugak suatu hari nanti, mana tahu ambik khidmat BG design ke nanti...hehe,

    terbaik huda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ izyan sudi singgah sini. InshaAllah kalo nak nnt, roger2 la, nt ada special price untuk geng KBBA

      Delete

Powered by Blogger.