Tips Cari Barang yang Hilang!

Assalamualaikum, Salam Jumaat yang berkat untuk semua pengunjung Ceritahuda.

Hari ini huda nak kongsi satu tips yang sangat-sangat berguna untuk kita semua.



Tips Cari Barang Yang Hilang

Pernah tak terlupa di mana letaknya barang, sama ada simpan di dalam rumah dalam tempoh jangka masa yang lama.
Atau sesuatu barang yang kita sangat perlukan hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga?

Kadang-kadang pencarian barang yang hilang atau "misplaced" memakan masa dan tenaga hingga berpeluh-peluh ke sana sini, dan hampa... barang yang di cari masih belum ketemu.

Hari ini huda nak berkongsi Tips cari barang yang hilang hasil kajian dan pembacaan huda untuk manfaat kita bersama.  


Tips #1
 Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) sepanjang proses pencarian barang tersebut. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda,InshaAllah anda akan menemuinya semula.

Tips #2
Ambil wuduk dan baca ayat-ayat Al-Quran dan zikir seperti di bawah :-

1. Al-Fatihah 7 kali
2. Al Fath 1-3 7 kali
3. Al Khafi Ayat 19 7 kali
4. Surah Al-Ikhlas 7 kali
5. Selawat 7 kali
6. Ya Allah 3 kali.
7. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Tips #3
Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.
Doa itu adalah:


“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”


Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”


Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”


Tawakal dan Usaha.

InshaAllah, jika masih ada rezeki milik kita, kita pasti bertemu barang yang hilang itu.
Sesungguhnya tiada satu benda pun di muka bumi ini milik kita.
semua hak Allah, Allah bagi pinjam jer.

Jadi jika perlukan lagi barang "pinjaman" Allah itu, kita minta sungguh-sungguh pada ALLAH.

ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha memakbulkan doa.

Huda doakan, semoga pencarian barang anda yang hilang itu cepat-cepat jumpa yer!

Ok.sekian perkongsian hari ini!
Kongsikan supaya orang lain juga mendapat manfaatnya.
Huda akhiri dengan kata-kata ini untuk renungan kita bersama...

" Lost time is never found again...."

No comments:

Powered by Blogger.