Panduan Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Salam Jumaat yang berkat.



Pada penghulu hari ini, huda nak kongsi panduan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Ulangkaji untuk diri sendiri dan panduan untuk semua umat islam.

Bila korang last pergi masjid?

Allah itu hampir...tapi kita selalu meminggir... ( teguran untuk diri sendiri -__-)

InsyaAllah, hari Jumaat, rutin setiap minggu huda akan bawa anak-anak pergi masjid. Biasakan anak-anak dengan masjid.

Tapi faham-faham jer bila dah bawa anak ni, huda kerap kali tak berkesempatan nak solat sunat tahiyatul masjid. Rasa rugi yer la asyik datang masjid kalut-kalut, terus solat jemaah.

Hari ni nak ajak suami pergi masjid awal sikit, sebab nak buat solat sunat tahiyatul masjid.

Jom huda cerita lebih terperinci tentang Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

Pengenalan  Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.


Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”

 (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)

Cara Melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

1)  Masuk sahaja ke dalam masjid, sebelum duduk. Terus niat solat 2 rakaat . Cara melaksanakan solat sunat 2 rakaat sama sahaja seperti solat sunat yang lain, cuma berbeza pada niat. 


2) Boleh baca mana-mana surah dalam Al-Quran. 

3) Kemudian salam, di galakkan berzikir, bertahmid dan beristigfar.

Mudah kan nak solat Sunat Tahiyatul Masjid. ni?

jadi lepas ni jom kita buat!

Ok, sebelum tu mari kita kupas lagi tentang isu berbangkit tentang solat  Sunat Tahiyatul Masjid.

Isu #1

Masuk masjid, kemudian duduk dengan sengaja, boleh ke lepas tu nak solat sunat Tahiyatul Masjid?

Jawapan : Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.

Isu #2

Masuk masjid, kemudian duduk dengan TIDAK SENGAJA dan lupa belum solat sunat lagi, boleh ke lepas tu nak solat sunat Tahiyatul Masjid?

Jawapan :
 Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.

a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.

b. Jika terlupa yang panjang waktunya, siap fikir macam-macam hal duniawi kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.

Isu #3 
Masuk masjid, kemudian  azan sedang berkumandang, nak solat ke nak jawab azan?

Jawapan : Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

Isu #4
Masuk masjid, kemudian  khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, nak solat ke nak duduk terus dengar khutbah/ceramah?

Jawapan : Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah Jumaat dijalankan.


Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk.
 Beliau SAW pun berkata kepadanya:


“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Isu #5
Masuk masjid, kemudian bilal sedang iqamat, perlu ke solat sunat? 

Jawapan : Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.” (Hadis Riwayat Muslim)

Isu #6
Jika sedang solat rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, nak teruskan Solat Tahiyatul Masjid  ke tak

Jawapan : Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW: 
“Apabila didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu.


Isu #7
Jika memasuki Masjidilharam, perlu ke Solat Sunat Tahiyatul Masjid?

Jawapan : Bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki Masjidilharam hendaklah melakukan Tawaf sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan bukannya Solat Tahiyatul Masjid. Kata Ibn Abbas r.a. “Tahiyat Kaabah ialah Tawaf”.

Namun, bagi mereka yang telah bermukim di Makkah dan datang ke masjid untuk solat, menuntut ilmu dan seumpamanya, sebaik-baiknya mereka hendaklah melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid bukannya mengerjakan Tawaf.

Banyak juga ilmu huda baru tahu lepas buat kajian tentang solat Sunat Tahiyatul Masjid ni..
terasa betapa cetek yer ilmu agama ni... 
 Hope ada rezeki nak menuntut ilmu agama lebih dalam lagi, dalam memperbaiki amalan di dunia, bekalan bertemu Allah yang pasti kelak. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. 


“Ilmu ada tiga tahap. 
Jika seorang memasuki tahap pertama, ia akan sombong. 
Jika ia memasuki tahap kedua ia akan tawadhu’. 
Dan jika ia memasuki tahap ketiga ia akan merasa dirinya tidak ada apa-apanya”.


Kredit : shafiqolbu


some_text

8 comments:

Powered by Blogger.