Food Review : Nando's Chicken Trinchado & ElderFlower Cooler

Assalamualaikum. 

 Baru ada kesempatan nak buat food review : Chicken Trinchado & Elderflower Cooler dari Nando's

Sebenarnya dah 6 tahun tak jejakkan kaki di Nando's. Last sekali 2.1.11 , date keramat ni , lepas makan Nando's di Putrajaya terus ada orang tu propose ajak kahwin =)

Sebab dah lama sangat tak makan, dan kebetulan mood nak bercinta weekend lepas, anak-anak tinggal dengan baby sitter. Jadi peluang terbaik nak dating makan berdua di Nando's.

Bukan selalu dapat peluang nak makan dengan tenang...

Huda pergi makan di Nando's waktu lunch hour, so memang cari hidangan nasi. Tak kenyang rasa kalau makan ayam jer kan.

Lepas belek-belek menu, huda dan suami berkenan nak cuba New Menu : Chicken Trinchado



Sebab dah lama tak makan, bila waiter tanya nak flavour apa, kitorang jadi blur..

Hehe, rupanya kena cek di Peri Ometer

Huda pilih lemon herb , rasa cam makanan sihat ada lemon dan herb =)
En.suami pilih Mild / medium.

Pilihan minuman, huda tertarik dengan label "Healthier Choice"
maka huda pilih Elderflower Cooler



Add mineral water satu untuk encik suami.  
Walaupun makan kat luar, kena jaga makan, elakkan minum air manis dan tinggi kalori. 


Semua hidangan di Nando's ni "Flamed-Grilled" maka kena la besabar tunggu ayam masak.
Ada la dalam 15 minit lebih kot tunggu.

Akhirya sampai juga hidangan lunch kami.




Review  -  Chicken Trinchado dari Nando's

Kuantiti : boleh tahan banyak, 5-6 slices grilled juicy chicken tenders.  Mediterranean Rice pun just nice kuantitinya.

Rasa : memang sedap rasa grilled juicy chicken tenders in special sauce. Ayamnya memang juicy dan terasa kelembutan daging ayam yang cukup rasa.
Mediterranean Rice pun sedap!

Laju jer huda makan hidangan ni. hehe, rasa cam lagi laju dari suami makan..=)

Review- Elderflower Cooler

Kuantiti - Just nice.

Rasa - nama pun healthier choice kan, so memang tak rasa manis. Refreshing! bagi huda ok la..

Harga : Affordable ( Total cost makan berdua RM 35.65)


Overall huda suke hidangan dan kombinasi Nando's Chicken Trinchado & Elderflower Cooler.

InshaAllah next time nak makan lagi , sebab sampai hari ini teringat ayam grilled yang sedap!

Hari ni dah alang menulis review, rajinkan diri tulis feedback di www.howwasit4you-my.net



Semoga ada rezeki dapat makan Nando's FREE nanti. Amin =)




some_text

4 comments:

  1. Sedap ya air timun campur nenas tu. Nanti boleh kami cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka minum air detox, mesti suke minum air ni =)

      Delete
  2. alahai terasa lapar pula tengok gambar tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.