Seronoknya bermain Slide The City di Forest City

Assalamualaikum semua. 
Dah 2 hari balik holiday baru ada tenaga nak update blog tentang holiday yang best sangat last weekend!
Huda mulakan dengan entry tentang event yang huda hadiri di Forest City.
Seperti yang huda kongsikan dalam entry sebelum ni >> Pakej Pheonix Hotel Forest City Hanya RM208 Sahaja <<
Huda ambil peluang keemasan dengan bermalam di Pheonix Hotel Forest City dengan harga terlajak murah dan enjoy bermain Slide The City keesokan harinya. 
Huda antara orang yang terawal pergi, sebab dah stay di Pheonix Hotel, Forest City. Lepas breakfast, mandi pool sekejap dengan anak-anak, kemudian kami naik buggy car pergi ke Slide The City. Lokasinya agak jauh dari hotel, kalau jalan kaki dalam 5-10 minit kot baru sampai. Nasib ada buggy car yang memang 5 star kat Pheonix Hotel ni sudi bawa kami ke Slide The City. 



Mula-mula kena register di kaunter pendaftaran. Tulis nama dan dapatkan tag masuk.




Kami anak beranak orang first yang naik slide ni. Jadi boleh set up action camera elok2 dan fokus tenaga nak turun slide. 
Ini pengalaman pertama turun slide berempat, dan huda memang tawakal jer, harapan The Arifs tak takut. 
Sebelum sampai ke slide ni, kena daki anak tangga dalam berpuluh gak la rasanya. Nasib Arif jenis tak gayat sangat naik tangga tinggi-tinggi cool jer. 
Jom tengok video kami sekeluarga enjoy main Slide The City , Forest City



Jangan sedih yer sebab tak sempat nak try Slide The City di Forest City ni, ada lagi tau event ni.
Slide the City akan meneruskan event di Malaysia pada bulan September nanti.
Nak booking tiket untuk Slide in The City, Setia City Shah Alam boleh klik 
>> http://secure.slidethecity.asia/<<
>> http://secure.slidethecity.asia/<<
FB : Slide The City MALAYSIA


Sekian perkongsian hari ini. InshaAllah huda akan kongsikan lepas ni review tentang 
Pheonix Hotel Forest City yang cantik!

"Simply enjoy life and the great pleasures that come with it."


some_text

Post a Comment

0 Comments