Kerana Cinta.....

7:21 am
Alhamdulillah, Hari ini Allah hadiahkan permulaan hari yang indah,
hujan renyai-renyai membasahi bumi. Sangat mendamaikan.

Hari ni nak kongsi pasal CINTA. 
Al maklumlah, tengah mood "love is in the air" , counting days nak celebrate wedding anniversary lagi 5 hari.  

Huda sebenar nak muhasabah diri, dah nak 5 tahun kahwin ini, adakah cinta huda pada suami dan anak-anak lebih hebat dari cinta kepada Allah?


Hari ini rasa nak kongsi cerita pasal Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Abu Bakar RA yang disuruh BERCERAI oleh ayah beliau kerana TERLALU CINTAkan isteri hingga lalai untuk menjaga solat.
Sedihkan, tengah hangat bercinta, ayah suruh cerai pulak.

Nak baca full story boleh klik >> KISAH SAHABAT RASUL YANG DI SURUH BERCERAI <<
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu.” (Al-Kahfi: 46)
Jika isteri dan anak-anak buatkan kita jauh dengan Allah, maka muhasabah diri. Allah bagi kita peluang "bina masjid" dan sempurnakan agama dengan perkahwinan, tapi kita terlalu asyik bercinta dan berkerja demi keluarga tersayang hingga terlupa hak Allah. Terlalu cinta kan dunia lebih daripada mencintai Allah.
Nak Allah tarik nikmat ke baru nak tersedar???
Fikir-fikirkan.
Dari bawa anak-anak asyik pergi shopping, pergi taman tema dan berhibur jer memanjang, apa kata selitkan aktiviti wajib family bonding adalah ke MASJID.
Tak salah pun nak happy2, enjoy2, tapi seimbangkan dunia akhirat.
Kita jaga Allah, Allah jaga kita. 

Maka yer, resolusi huda tahun 1438H ini, nak selalu bawa anak-anak ke masjid, walau usia Arif Haikal baru 4 tahun dan Arif Hakim baru 2 tahun.
Huda nak diorang dekat dengan rumah Allah. Selalu tengok orang solat jemaah, selalu dengar doa dan aminkan doa. 
Seronok bila arif dah pandai doa kat masjid, doakan Mama Papa murah rezeki dan di ampunkan dosa-dosa. Sebak je masa dengar. Inilah namanya aset dunia akhirat, saham akhirat menuju ke syurga, InshaAllah.

Ok, huda nk officially launch program #thearifsmosquetour sepanjang 1438H ini. Sambil kita ke masjid kita holiday la sekali =) InshaAllah kita pasti sampai Rumah Allah di Mekah tak lama lagi, start dalam Malaysia dulu. 

Semoga usaha huda nak semai Cinta Allah lebih hebat dari Cinta Dunia tercapai dengan izin Allah. 

Ok, semangat plak rasa nk buat senarai masjid nak pergi sepanjang tahun ni. Nak pergi masjid yang jauh2 kena plan dan saving. =)

Semoga perkongsian huda ni menjadi inspirasi kepada semua. 

Jom bawa family pergi masjid, start slow2 dan konsisten, sampai jadi habit. 

Ok, wasalam! Nanti huda share Plan #thearifsmosquetour =)
=)


Post a Comment
Powered by Blogger.