Kisah dating dulu-dulu.

7:02 am
Hujung minggu lepas huda unpack beberapa kotak-kotak setelah hampir 2 bulan pindah. Masih ada lagi yang masih berkotak-kotak tak disentuh lagi. Biasalah, kemas sikit2, dengan ada 2 anak kecik ni, masa agak terhad nak mengemas.

Masa unpack barang, jumpa bertingkat-tingkat CD. Zaman study dulu, suka layan cerita, semua burn dalam CD jer. Ada cerita one tree hill, glee, drama korea la paling banyak. Owh rindu giler nak tengok CD ni. Belek-belek lagi, terjumpa koleksi gambar-gambar. Apa lagi buka la CD gambar. 

Antara gambar best huda jumpa kisah dating dulu-dulu. Senyum memanjang jer tengok gambar cinta hati yang kini sudah menjadi papa kepada dua orang anak kami. Dulu kurus keding. Ingat dulu-dulu huda selalu bising dia kurus macam papan, terbang kena tiup angin. Suruh dia makan banyak-banyak, biar sasa sikit. hehe, sekarang ni terbalik kot dah, huda kena jaga makan dia suruh bagi kurus sikit. 

Kurus ke gemuk ke, huda still sayangkan dia macam dulu-dulu. Walau masa berlalu dah nak hampir 10 tahun dah huda bercinta dengan dia, dia still macam dulu, lelaki pertama yang buat huda betul-betul jatuh cinta. Bukan paras rupa yang buat huda jatuh cinta tapi sifat dia dan keikhlasan hati dia. Sampai sekarang huda still rasa yang sama.  

Opps, jiwang karat plak pagi-pagi buta ni. 

Honestly,rindu sangat kisah dating dulu-dulu.




Rindu nak naik paddle boat keliling tasik titiwangsa. Ini view masa atas air kat tasik titiwangsa sambil kayuh paddle boat.



Rindu nak layan movie back to back.

Rindu nak pergi hiking pagi-pagi buta tengok sunrise.


Rindu nak main ice-skating.


Rindu nak jalan-jalan tengok ikan. 
Rindu nak dating kat restoran dan makan dengan tenang, huhu. Sekarang, makan berempat memang haru. 

Itu kisah dating dulu-dulu. Dating berdua. 


Sekarang dating berempat, huda teramat bersyukur. Allah makbulkan doa huda. Kekalkan rasa cinta dengan si dia hampir 10 tahun sudah, di kurnia anak 2 orang, kehidupan yang bahagia dan indah. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah temukan CD gambar-gambar ni, bila throwback buatkan huda bertambah-tambah bersyukur dan kuatkan lagi rasa cinta huda bersama suami.


No comments:

Powered by Blogger.