Ternak Madu Kelulut di Rumah!

10:07 pm

Minggu lepas ayah mertua huda ada beli satu "set ternak madu kelulut" dari kawan dia. Kali pertama huda tengok, agak teruja sebab tak pernah tahu madu kelulut ini apa dan boleh ke sesiapa sahaja ternak madu kelulut ni?
Apa itu Madu Kelulut?
Jom huda kongsikan keratan artikel yang huda dapat dari Utusan Malaysia yang menceritakan tentang madu kelulut ini.
" Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.

Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.

Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.

Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.

Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.

Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak.

Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.

Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah. "

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut#ixzz3obsACVF6
© Utusan Melayu (M) Bhd


Ini gambar "Set Ternak Madu Kelulut" yang ayah mertua huda beli dari kawan dia. Tak silap harganya RM1,300.00



Sekian coretan ceritahuda hari ini. Huda menunggu ayah mertua tuai hasilnya, nak juga rasa madu kelulut asli dan segar dari rumah ni =)
some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.