Doakan "dia".....

9:06 am
Salam Jumaat semua pembaca coretan cerita huda hari ini. Hari ini huda nak kongsi mengenai doa. Doa itu senjata mukmin. Doa juga dapat melapangkan dada dan memberi ketenangan jiwa pada diri sendiri dan orang lain. Huda nak tanya, Selalu tadah tangan doa, doakan siapa? diri sendiri je ker?
Kenapa kita perlu berdoa?

Allah سبحانه وتعالى berfirman,

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ


“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Surah Ghofir / Al Mu’min : 60)
.

Firman Allah سبحانه وتعالى lagi,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah Al Baqarah : 186)
.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,

لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ
“Tidak ada sesuatu yang lebih besar pengaruhnya di sisi Allah سبحانه وتعالى selain doa.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi no.3370, Ibnu Majah no.3829, dan Ahmad 2 : 362, hasan)

Huda nak ajak kita semua fikir sejenak, adakah doa kita setiap hari untuk diri sendiri sahaja atau kita sudi doakan orang lain?

Jangan kedekut tau nak doakan orang lain, terutamanya ibu bapa kita, adik beradik dan kenalan kita. 

Doa tanpa pengetahun orang yang didoakan adalah mustajab sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. :

“Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, ENGKAU JUGA BEROLEH YANG SEUMPAMA DENGANNYA.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Dalam satu riwayat lain, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :

Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah MUSTAJAB (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, 
Amin!, ENGKAU JUGA BEROLEH MANFAAT YANG SAMA.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud :

“Doa yang PALING SEGERA DIMAKBULKAN ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).”
(Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jom kita semua tadah tangan berdoa banyak-banyak di hari Jumaat yang berkat ini, doakan kebaikan pada semua orang. Tugas kita sebagai hamba hanya meminta dengan doa, serahkan urusan memakbulkan doa itu pada Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Doa Usaha Tawakal.

p/s : Mohon doakan kesihatan abah huda yang kini menjalani rawatan di hospital setelah hampir seminggu di hospital. Terima Kasih. Huda doakan anda semua di beri kesihatan untuk terus beribadah kepada Allah dengan mudahnya.
some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.