AL QURAN - Cerita Dunia Vs Cerita Akhirat


Assalamualaikum! Selamat pagi yang indah =)
Mulakan senyum dan syukur, serta luangkan masa baca dengar dan fahami Al-Quran. Ok, huda nak kongsi kenapa kita wajib baca Al-Quran setiap hari. Al-Quran ni panduan paling lengkap, ada cerita dunia dan cerita akhirat.



Huda nak kongsi status ustaz Asyraff di laman sosial beliau yang mengupas isu Al-Quran - Cerita Dunia Vs Cerita Akhirat.


" Khamis lepas dalam kelas tafsir, ada pertanyaan, 'Ustaz, kenapa agama kita ni (Quran) banyak cerita akhirat je?'


Saya jawab, 'maaf, mungkin puan tak baca Quran betul-betul. Tahu tak, 2 per 3 kandungan Quran cerita 'dunia' bukan cerita akhirat!

Dia terperanjat macam tak percaya. Saya kata, betul..... Quran ni 'manual book' utk kita guna di dunia. Sebab tu isinya 'duniawi' sahaja.

Dia masih tak percaya. Saya jelaskan lagi, mungkin yg kita maksudkan 'dunia' adalah :

- ilmu teknikal seperti formula engineering, formula add-math & formula cara nak bedah orang. Jika itu yg dicari memang takdelah sbb Quran bukan buku teknikal.

- atau mungkin kita maksudkan 'dunia' sebagai kehendak nafsu? 

Banyak berhibur, boleh buat apa sahaja, lepak2, gosip2. 

Jika itu yg dimaksudkan, itu bukan dunia tapi nak ikut nafsu.

Sebenarnya Quran memang buku yg deal dgn our everyday problem. 

Ia memang buku 'duniawi' tapi tujuan dunianya adalah untuk tunjukkan kita teknik terbaik hidup disini agar di sana (akhirat) bahagia.

Pss : dah baca Quran hari  ini? Cuba cari ayat 'duniawi' apa yg Tuhan inform anda.....mesti ada punya..."
.

Pengalaman peribadi huda sendiri, bila ada masalah yang serabutkan otak, huda suka baca Al-quran berserta terjemahan. Memang terbukti banyak urusan dunia .

Ayat Al-Quran yang patut kita baca bila ada masalah :-


”Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS. ath-Thalaaq: 2–3)”

Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.” ( QS. ath-Thalaaq : 4) ”

Katakanlah, ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).’ Dan barang apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba : 39 )

Yakin 100% dengan janji Allah dalam Al-Quran, segala urusan hidup dunia akan mudah dengan izin Allah.

Ok, sekian coretan ceritahuda hari ini. Semoga kita sentiasa jadikan Al-Quran bacaan harian kita dan panduan hidup kita. 


some_text

Post a Comment

0 Comments