Bermain Game Online Sambil Belajar Ilmu Kewangan Bersama anak-anak


Bermain Game Online Sambil Belajar Ilmu Kewangan Bersama Anak | 
Hye semua pembaca blog CeritaHuda.Com. Bagaimana anda habiskan masa cuti sekolah bersama anak-anak. Huda nak kongsi antara aktiviti menarik yang huda dan anak lakukan di rumah sepanjang cuti persekolah sesi bulan ini. Kami bermain game online sambil belajar ilmu kewangan. Mudah sahaja semuanya di hujung jari dan paling best game online ini percuma! Huda hanya perlu ke laman sesawang https://www.mortgagecalculator.org/money-games

Bermain Sambil Belajar Tentang Financial Literacy



Financial Literacy adalah asas pengurusan wang, seperti belanjawan, simpanan, hutang, pelaburan dan pemberian. Pengetahuan itu meletakkan asas kepada anak-anak untuk membangunkan tabiat wang yang kukuh sejak awal dan mengelakkan banyak kesilapan yang membawa kepada masalah kewangan sepanjang hayat.

Untuk didik anak-anak bijak ilmu kewangan, huda dah mula dedahkan ilmu financial Literacy. Kini lebih mudah untuk mendidik anak-anak melalui pemainan game online yang boleh diakses secara percuma di website 


Ada pelbagai jenis game menarik! Anak boleh bermain dan dalam masa yang sama boleh belajar tentang pengurusan kewangan. Huda nak kongsikan beberapa games yang sangat best untuk main bersama-sama anak sambil tu belajar matematik.

1)  Game Cash Back


Melalui game Cash Back ni, boleh belajar matematik asas untuk urusan jual beli dan juga nilai matawang. Walau games ni nilai matawang dia tak sama macam Malaysian Ringgit tapi still konsep yang sama. Games ni juga ajar operasi tolak dan math equation. Sangat menarik untuk anak-anak belajar matematik sambil bermain. 


2)  Buka kedai virtual dan uruskan Inventory dengan Games Burger Shop


Ada pelbagai jenis food simulation business games, dan Arif pilih Burger Shop sebab dia sangat suka makan burger. 


Untuk main game ni, tangan kena laju, untuk siapkan order customer mengikut kehendak mereka. Kumpul bayaran pelanggan berhampiran juruwang untuk menyelesaikan pesanan mereka.
Kemudian perlu uruskan stok inventori untuk membeli bahan-bahan burger yang habis. 
Mencabar juga untuk completekan mision di setiap level game ni. 


3) Games Berfikir Strategi dan Kumpul Sebanyak Mana Tenaga! 

Selain ilmu kewangan, boleh juga didik anak-anak tentang ilmu sains, bagaimana untuk charge solar panel dan elakkan kawasan berawan untuk collect maximum energy. Games ni perlukan strategi dan juga ketangkasan tangan. Well done anak mama, berjaya skor sampai 700!  



Selain dari games yang huda kongsikan ni, banyak lagi games yang menarik untuk korang ajak anak-anak main. seperti Games Software development yang mengasah skil STEM ( Science, Technology, Engineering and Mathematics), Money Games seperti games trading, bitcoin dan pelbagai lagi. 
So huda memang sangat recommend korang semua, pergi click link ni >> https://www.mortgagecalculator.org/money-games << dan pilih games menarik untuk bermain bersama-sama anak ketika cuti sekolah ini atau pada waktu hujung minggu!  






Post a Comment

0 Comments