Bercuti di Mercure Langkawi Pantai Cenang | Hye semua pembaca blog CeritaHuda.Com. Alhamdulillah, cuti sekolah baru-baru ini huda dan family meluangkan masa bersama bercuti ke Langkawi dan memilih hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Pantai Cenang iaitu hotel Mercure Langkawi, Pantai Cenang. Lokasi hotel yang sangat strategik, betul-betul berada di belakang Chenang Mall, dan walking distance nak pergi pantai dan pergi shopping chocolate di Duty Free Shop Warisan. Memang pilih terbaik kami bercuti di hotel ni!
Bercuti di Mercure Langkawi Pantai Cenang
Huda ingat lagi tahun lepas, plan nak staycation kat sini, tapi cancel sebab kekangan budget, Tahun ni , alhamdulillah ada rezeki. Bagi korang yang tak tahu lagi, Hotel Mercure Langkawi Pantai Cenang ni, antara hotel baru di Pantai Cenang dan bertaraf 4 bintang. Lokasinya yang sangat stratergik. Banyak local attractions yang walking distance jer contohnya 5 minit jer jalan kaki ke Underwater World dan ke Pantai Cenang untuk buat aktiviti watersport dan layan sunset. Nak pergi airport dalam 15 minit jer. Nak pergi Kilim Geoforest Park and Telaga 7 Waterfalls pula lebih kurang 40 minit drive.
Jom baca pengalaman huda dan room tour bilik yang kami tempah iaitu bilik deluxe ( 1 king bed dan 1 single bed). Perfect untuk kami 4 sefamily rehat dengan selesa dalam bilik ini. Rate untuk 1 malam untuk bilik deluxe berserta breakfast buffet RM 600++
Tilam size king dan single , perfect untuk kami sekeluarga bermalam di sini.
Katil dan bantal yang empuk. Selesa sangat. Kami bagi ⭐⭐⭐⭐⭐
Katil dan bantal yang empuk. Selesa sangat. Kami bagi ⭐⭐⭐⭐⭐
One family photo for memory check in di Mercure Langkawi Pantai Cenang.
Bilik kami ada balconi dan menghadap swimming pool dan juga dapat tengok view gunung.
Warm welcome dari pihak hotel. Sedap sangat macaron dan coklat ni.
Another warm welcome dari pihak hotel adalah welcoming drink. Boleh redeem dari tarikh kita check in sampai kita check out. Huda pilih redeem time check out , minum fresh orange yang refreshing selepas penat shopping. best feeling ever!
Kemudahan di Hotel Mercure Langkawi , Pantai Cenang.
1) Pool yang luas
.jpg)
memang enjoy spend family time main di pool.
.jpg)
Especially the boys, enjoy betul swimming kat sini.. pada waktu awal pagi, takde orang lagi , lepas pukul 10 memang dah start ramai orang especially foreigner swimming dan sunbathing.
2) Kids Room
.jpg)
Pemainan tradisional, congkak pun ada. Anak-anak memang tak bosan lah kalau stay hotel ni.
3) Restoren Rice Garden
Huda sempat menikmati buffet breakfast dan juga makan lunch Nasi Kandar di sini.
.jpg)
Breakfast spread dia memang best , macam-macam ada, sampai rambang mata nak pilih. Huda mulakan dengan ambil pelbagai salad and condiments di salad counter
Terpaling penting time breakfast adalah kopi! Menikmati dolce latte memang terbaik!
Menu untuk lunch, Nasi Kandar. Sekarang pihak hotel tengah buat promosi, harga RM 35 jer, dapat set nasi kandar yang mewah dengan pelbagai lauk dan condiments
Portion set nasi kandar ini agak banyak juga, so kami beli 2 set, cukup sharing makan 4 beranak.
So , kalau korang plan nak bercuti ke Langkawi dan mencari hotel terbaik di Pantai Cenang, huda memang reccomend korang stay di Mercure Langkawi.
.jpg)
.jpg)
Anak-anak memang sangat enjoy dapat spend school holiday di sini.
Follow social media Mercure Langkawi, Pantai Cenang
FB: https://facebook.com/MercureLangkawiPC
Instagram : https://www.instagram.com/mercurelangkawipc/
5 Comments