Tahun Baru 2023. Apa Azam Baru tahun ni?


 Tahun Baru 2023. Apa Azam Baru tahun ni? | 
Assalamualaiukum. Dah masuk hari ke 12 bulan Januari 2023, baru sempat nak duduk dan berfikir apa azam tahun ni. Fuh, lambat ek? Better late than never!


Azam #1 - Nak Kurus! 




Sedih tengok angka kat penimbang. Tahun 2022 awal tahun dulu timbang berat badan 65. dan tahun 2023 ni bulan January berat 69.4kg!! Huhu, nak nangis tengok berat sendiri. Ya Allah memang nak diet dan kurus ni perlukan komitmen dan kena konsisten kan? Adakah tahun ni 2023 huda berjaya lawan nafsu makan dan komited nak turun berat badan , dan buang 14.4 kg yang terlebih dari berat ideal huda? Jawapannya pada diri huda sendiri. Buat slow-slow InshaAllah. Walau godaan datang dan pergi. Bulan 1 ni ada kenduri, then bulan 2, dah dapat invite Ramadan Review.. sedikit mencabar pada permulaan tahun 2023 ni. Tapi still bersyukur minggu ni berjaya turunkan 2 kg! semoga konsisten berat turun, InshAllah tidak mustahil dengan usaha dan tidak putus asa. 


Azam #2 - Nak Rajin Tulis Blog! 



Blog ni lubuk rezeki, ada sahaja peluang dan rezeki blogging. Paling seronok bila blogging ni kan, rezeki tak di sangka-sangka. Tiba-tiba ada orang contact, offer job itu ini. Azam huda , semoga diri ini rajin menulis segala perkongsian yang bermanfaat dan membantu orang lain. Especially travel trips, travelog dan foodlogue yang sebelum ni ramai orang baca dan ramai juga dm huda minta pendapat, dan suggestion selepas baca blog huda. Target nak cash out adsense every month. Boleh la ada extra income for expenses untuk hiburan keluarga macam travel dan happykan diri sendiri dengan selfreward every month hasil blogging. 

Azam #3 Nak Rajin Buat Content Social Media

i wish, dapat set up work station as content creator yang proper macam ni. 


Berbeza dengan blogging yang kena rajin menulis , social media sekarang kena rajin editing video. Alhamdulillah, dalam 12 hari pertama , syukur banyak juga dapat offer job dan perlukan  huda buat content video, syukur 4 angka dalam tangan sepanjang 12 hari pertama Januari dan peluang berkolaborasi dengan jenama-jenama besar di Malaysia. Bagi huda, very good start this year sebab hampir setiap hari ada peluang dan rezeki yang datang tanpa di duga. Sesungguhnya rezeki itu datang tepat pada waktunya kan? 

Azam #4 Always Positive dan Matang  


 Jadi orang perempuan ni memang complicated kan? Ada masa emosi melepasi batas fikiran yang rasional. Harapan tahun ni huda lebih matang. Tidak terlalu obses sampai stress, hidup dalam bersederhana. Dan tidak meletakkan expectation pada manusia. 


Azam #5 Bahagiakan Diri Sendiri 



Self Love! yes, sayangi diri sendiri, bahagiakan diri sendiri dahulu, baru fikir nak bahagiakan keluarga. Macamana nak bahagiakan diri sendiri? Jaga diri dengan penampilan diri, skincare , body care dan juga luaran termasuk pakaian , handbeg dan kasut. Self reward diri sendiri, belanja diri sendiri. 

Azam #6 Bahagiakan Keluarga 



Masa kecil huda dibesarkan dalam adik beradik ramai, so faham-faham jer lah kan. Banyak impian kanak-kanak dulu huda usahakan sekarang. Dulu kita pernah kecil, kita pernah rasa apa yang anak-anak kita rasa sekarang, macam impian nak hadiah birthday, impian nak bercuti dengan keluarga, impian nak naik kapal terbang... Bila dah ada anak sendiri, huda nak bahagiakan mereka dan bagi mereka enjoy childhood dengan macam-macam memori indah. Especially setiap kali birthday. Tahun ni huda rancang something special dan agak grand juga la sebab menelan kos yang agak tinggi. Still lagi menabung untuk #TheArifsBirthdayTrip2023. Semoga impian huda untuk melihat anak-anak bahagia bila wishlist mereka tercapai dipermudahkan Allah. Sesungguhnya senyumana anak-anak sangat-sangat berharga. 

Alhamdulillah, atas segala nikmat yang Allah sudah pinjamkan, dan bakal Allah kurniakan. Semoga azam , cita-cita , impian dan harapan 2023 ini Allah permudahkan satu persatu dan perlihara diri dari sifat ujub, takabbur. Segala kelebihan dari Allah.  Sesungguh nikmat dan dugaan hidup adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita. Semoga tahun ni kita selangkah lebih baik dari tahun lepas dan semakin berakhlak seperti ahli syurga , InshAllah. 

Last but not least...

You are what you think 

p/s : Syukur! Fikir nak dapat offer staycation review dah  tercapai. Miracles sangat lepas terdetik di hati and think about it terus dapat offer! Terima kasih Allah. Boleh la buat content travelog tak lama lagi! 

Post a Comment

1 Comments

Yaya Azura said…
Happy New Year Huda! Semoga tercapai segala azam..