Simpan Duit dan Rancang Kewangan Demi Masa Depan Anak-Anak





Simpan Duit dan Rancang Kewangan Demi Masa Depan Anak-Anak | Menjadi impian setiap ibu-bapa untuk melihat anak mereka melangkah ke menara gading selepas menamatkan pembelajaran pada peringkat sekolah. Bagaimanapun, dalam merealisasi cita-cita itu, kewangan adalah perkara utama perlu difikirkan kerana kos untuk menyambung ke institut pengajian tinggi (IPT) bukannya murah. Walaupun pelbagai pinjaman disediakan sama ada daripada kerajaan mahupun institusi perbankan, sebaik-baiknya ibu bapa perlu mengelak anak mereka terbabit dengan hutang apabila tamat pengajian. Menjadi amanah dan tanggungjawab bagi ibu bapa membuat tabungan sebaik anak dilahirkan sebagai persiapan awal. Bak pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit dan ia perlu diamalkan dalam memastikan perjalanan anak ke menara gading berjalan lancar.

Kenapa Perlu Simpan Duit dan Rancang Kewangan Demi Masa Depan Anak-Anak ? 



Setiap ibu bapa mesti nak anak-anak berjaya dalam bidang akademik. Bermula dari alam persekolah di tadika sehingga ke menara gading, Namun cabaran untuk hantar anak-anak ke universiti dari segi bab kewangan bukanlah mudah jika tidak bersedia mulai sekarang!

Impak COVID-19 dan Inflasi



Apa yang berlaku pada 2 tahun lepas iaitu wabak pandemik COVID-19 sangat memberi impak negatif pada ekonomi dunia. Kejatuhan nilai wang ringgit dan kenaikan kadar inflasi sangat membimbangkan. masa depan anak-anak juga menjadi taruhan di masa hadapan dengan ketidak-stabilan ekonomi negara. 


Bagaimana Menjana Pendapatan di Era Teknologi?


Huda nak berkongsi bagaimana cara yang huda buat untuk menjana pendapatan dengan manfaatkan teknologi, di mana semuanya di hujung jari. Walaupun huda suri rumah sepenuh masa, namun harus bijak menggunakan teknologi untuk menjana pendapatan tambahan demi menabung pendidikan anak-anak di masa hadapan

Freelance Writer dan Designer. 
Huda hanya promosikan servis huda melalui SEO. Potential client google keyword dan jumpa blog huda. Alhamdulillah, ilmu SEO ni memang sangat membantu dalam online marketing , tidak kira apa jua servis atau produk yang kita sediakan. 



Buat Duit Dengan Affiliates. 



Alhamdulillah, huda banyak daftar macam-macam platform affiliates. Antaranya affiliate shopee dan kini huda aktif buat LIVE di Shopee sebagai affiliate. Dapat voucher diskaun , dapat cash payment juga. Alhamdulillah. Sesiapa yang berusaha pasti ada hasilnya! 




Berapa Banyak Kena Simpan Duit Untuk Anak?

Bila nak start saving education , huda mula buat target dan kira-kira. Mudah jer, huda pergi di www.savingscalculator.org. Ada macam-macam jenis saving boleh pilih antaranya retirement plan, CDs, saving for future plan , goal contohnya wedding plan dan juga College. Huda pilih College untuk tahu details saving plan untuk education anak-anak.


Huda letak target dan automatic website ni akan buat kira-kira untuk kita. Mudah kan? 

Siap ada summary lepas settle website ni proses kira-kira. Memang terbaik lah! So korang kalau nak start saving dan perlukan kira-kira , guna jer savingcalculator.org ni.. 


Penting ke kita start saving sekarang? 
Dengan ekonomi masih belum stabil sebab COVID-19 dan kos juga education di College yang agak mahal, kita sebagai ibu bapa harus bijak merancang kewangan. Elakkan diri anak-anak terpaksa buat pinjaman dan terpaksa berhutang sampai mereka berkerja demi bayar hutang college. 

“A budget is telling your money where to go, instead of wondering where it went.” — John C. Maxwell

Post a Comment

0 Comments