Bercuti di Ames Hotel Melaka , Hotel Mewah dan Menarik di Melaka!


Bercuti di Ames Hotel Melaka , Hotel Mewah dan Menarik di Melaka! | Melaka adalah destinasi percutian pilihan utama di Malaysia kerana lokasinya yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage City. Huda sendiri sudah banyak kali repeat datang bercuti ke Melaka. Kali ni huda menginap di Ames Hotel . Jom huda berkongsi pengalaman huda bercuti di hotel mewah dan sangat menarik ni!

Lokasi Ames Hotel Melaka



Ames Hotel ni memang lokasi strategik untuk korang datang sebab 5 minit jer dari Tol Ayer Keroh. So korang tak payah nak pening cari hotel di kesesakan bandaraya Melaka. Keluar tol , terus sampai hotel untuk staycation! Tambahan pula banyak lokasi tourist attractions yang berdekatan dengan hotel antaranya adalah Zoo Melaka dan Night Safari, Melaka Bird Park, Crocodile & Reptile Farm, Bee Museum, Melaka International Trade Centre. UNESCO Heritage Sites pula hanya 20 minit driving.  No wonder , time huda check in ke hotel ni, memang penuh dengan guest! Lokasi strategik dan hotel menarik memang menjadi pilihan utama. 


Kadar Harga Ames Hotel Melaka


Soalan biasa lepas huda sharing staycation di sini, mesti korang teruja nak tahu harganya kan? Ini huda share harga yang berbeza di internet. rate juga berbeza untuk weekdays, weekend and public holiday. So rancang lah percutian korang mengikut budget masing-masing yer..



Pengalaman Bercuti di Ames Hotel - Terasa bercuti di Hotel 5 Bintang! 


Ames Hotel Melaka ni bertaraf 4 bintang, namun huda rasa macam bercuti di hotel 5 bintang! Jom tengok video room tour bilik hotel yang huda menginap 3 hari 2 malam di Ames Hotel. 





   Bilik Selesa dan Bersih


Deluxe King, Ames Hotel Melaka 

Bila melangkah masuk ke dalam bilik, rasa seronok sebab bilik luas, bersih dan sangat selesa dengan kombinasi warna karpet, langsir serta susun atur perabot yang kemas. Keluasan bilik King Deluxe ini adalah 31 sqm. Memang luas kan? 

Bila anak meningkat umur ni, mereka lebih suka tidur bilik sendiri. Jadi huda tempah bilik hotel yang ada connecting room macam ni. 


Buka jer pintu nampak bilik anak-anak. Masih boleh pantau anak-anak walau duduk bilik berasingan. Jika waktu privacy, boleh tutup pintu antara bilik . 


Sebelum check in minggu lepas, request dengan pihak hotel untuk simple room decoration. Nak suprisekan anak bongsu huda. Birthday dia bulan oktober. Korang boleh tengok video di instagram huda ada share reaksi bila huda tunjukkan suprise ni! 


One for memory.  Bergambar dalam bilik anak-anak dengan birthday decoration. Alhamdulillah, syukur murah rezeki kami untuk sambut di hotel mewah tahun ini. 


 Design Bilik Air Nampak Moden dan Mewah



Bathroom - Walk in glass shower with Carrera Marble Vanity Top & Exclusive AMES Toiletries.

Tambah wow factor bila masuk bilik di Ames Hotel ni adalah bilik air yang serius nampak moden dan mewah! Kedua-dua bilik Deluxe King dan Twin Room ada bath tub! Tahap kebersihan bilik pun tip top. Paling huda suka, ada sediakan macam-macam jenis towel yang gebu. Towel saiz besar tau, tebal plak tu. Memang terasa macam check in hotel 5 bintang! 


 Kemudahan lain di dalam bilik 


  • Tea/Coffee Making Facilities
  • Free 2 Bottles Of Drinking Water
  • Minibar

  • Complimentary Wi-Fi Access
  • Flat-Screen Tv With Satellite Channels
  • Ames Toiletries
  • Individual Controlled Air-Cond
  • Idd Telephone
  • Shower
  • Hair Dryer
  • In-Room Safe
  • In-Room Bathrobes & Slippers
  • Writing Desk
  • Closet
  • Iron & Ironing Board
  • Weighing Scale

Kemudahan di Ames Hotel 

Aktiviti wajib bila staycation di hotel adalah mandi pool! Scenic Swimming Pool yang berada di tingkat satu , terbahagi kepada dua iaitu kolam kanak-kanak dengan paras 2 kaki dan kolam dewasa dengan paras 4 kaki kedalaman. Anak-anak huda dah pandai swimming, diorang prefer swimming di kolam yang dalam. Still, dengan pantauan ibu bapa. 





Hari kedua kami di sini, huda ajak suami masuk GYM. Best gym di sini banyak facilities dan selesa untuk bersenam & burn calories. 


Pada waktu malam pula, boleh lepak-lepak di rooftop di mana terdapatnya Moonbar. Untuk muslim, boleh chill-chill layan view malam di disini. 

Ketika huda menginap di sini, memang banyak juga orang koporate di sini , rupanya ada event. 

Ames Hotel ni memang perfect choice untuk events, host trainings, curate business meetings, workshops dan juga weddings. 
  • Four meeting rooms 
  • Largest LED Screen in Melaka
  • Pillarless Grand Ballroom

 Makanan Sedap di The Munch All Day Dining Restoren



The Munch All Day Dining Restoren yang terletak di satu aras dengan lobby hotel menawarkan hidangan makanan pagi, lunch, hi tea dan dinner. Restoren ini telah mendapatkan pengiktirafan sijil halal, dan chef di sini majoritinya adalah muslim. So dapat menikmati makanan lazat di sini tanpa was-was. 

Alhamdulilah, staycation  3 hari 2 malam huda stay hotel dan makan di hotel sahaja. Untuk breakfast complimentary. 
Huda sangat puas hati dengan Buffet Breakfast di Ames Hotel sebab banyak choices dan semuanya sedap-sedap tau! Rasa huda nak bawa family repeat lagi stay di sini sebab makanan di The Munch restoren ni sedap sampai teringat-ingat!


 
Untuk buffet lunch, hi tea dan dinner ada promosi menarik. Nanti huda kongsikan di entry akan datang. 

Tentang The Ames Hotel, Melaka

Hotel ini merupakan ahli LSL Hotel Group, yang merupakan cabang hospitaliti Sheng Tai International Sdn Bhd, sebuah syarikat pembangunan hartanah, pengurusan pelaburan dan hospitaliti dengan kepakaran khusus dalam bidang pelancongan hartanah. Sheng Tai International ialah pembangun yang memenangi anugerah yang telah merentasi pelbagai bahagian Asia, menawarkan rangkaian luas produk hartanah, perkhidmatan dan jenama yang memenuhi pasaran mewah, dan ekonomi.  

AMES Hotel diuruskan oleh Alorie Hospitality, pakar pengurusan hotel yang mapan dan berpengalaman dengan portfolio hartanah bertaraf dunia di seluruh dunia. Hotel ini mempunyai 298 bilik tamu dan suite dengan Merchant Lounge yang menawarkan faedah eksklusif seperti sarapan pagi percuma dan minuman sepanjang hari untuk tetamu suite hotel.

The Merchant Lounge


Presidential Suite - Bilik Suite Mewah dengan pelbagai ruangan bilik dengan dekorasi elegan dan eksklusif. Di sini ada sauna , jacuzzi, meja snooker, massage room dan private gym room. 

Untuk maklumat lanjut dan update terkini boleh ikuti Ames Hotel di pautan berikut :- 
Email : reservation@ames-hotel.com
sales@ames-hotel.com
 
Phone : +603 7890 3996 / +606 318 3999






Post a Comment

7 Comments

Nadia Johari said…
Serius memang lawa hotel ni. Akan check in sini lagi
Rawlins GLAM said…
Cantiknya hotel nie, siap ada bath tub. Itu memang Rawlins cari2 kalau pergi bercuti. Memang nampak mewah betul deco dan finishing dia
Mahamahu said…
Memang mewah dan selesa hotel ni rasa nak bercuti lagi ke Melaka banyak tempat menarik hotel pun best...
Ruby said…
Rajin akak staycation kan. Seronok tengok. Bila lah nak bercuti ni. Pulau dah memanggil-manggil ni. Hahaha
仙妮 said…
All right, I have marked down this hotel for my next Malacca trip, it's so nice ,& comfy for a holiday staycation. I miss Malacca foods, so can plan a trip there. Cheers Siennylovesdrawing
Cantiknya! Kadang hotel yang tak 5 bintang, tapi servis macam 5 bintang yang buat kita nak repeat lagi. Kalau soon ke Melaka, boleh la try sini.
Rolling Grace said…
this hotel looks so beautiful, comfortable and clean! can imagine spending the weekend here along with the good food.