The Arifs First Fun Hike di Bukit Besar , Januari 2022. | Hye semua, ingat tak entry last week huda ada share, huda ada shopping hiking shoes kat Decathlon. Dan semalam kami sekeluarga rasmikan dengan fun hike di Bukit Besar Kuala Terengganu.
Di sini banyak pilihan hiking trails, tapi kami pilih the most easiest and kids friendly. Kami mula mendaik naik ke bukit besar dalam pukul 7.30 pagi. Kalau boleh huda memang nak pergi lagi awal. Tapi biasalah bawa anak-anak , paling awal lah tu 7.30 pagi. Dulu-dulu time single, rileks jer pergi hiking pukul 5 pagi. Owh I miss my old days…
Binocular pun beli di Decathlon. Suka lah si kecik dapat guna dan dapat tengok view.
Before tengok time kat traffic light depan bukit besar jer kan? Kali ni kita bergambar dengan dekat..
Hehe, sian suami dan anak-anak asyik berhenti amik gambar jer, macamana nak cepat sampai puncak ni. Mujur kami pergi awal pagi, masih lenggang memang syok bergambar sakan..
Perjalanan diteruskan di trek bukan jalan TAR tapi hiking trail lagi mencabar. Ni baru feel hiking..jalan TAR rasa cam pergi jalan-jalan jer kan..
Kami luangkan masa 2 jam untuk naik dan turun. Banyak kali berhenti , amik gambar , makan dan enjoy sightseeing di atas Bukit Besar.
Alhamdulillah, sepanjang hiking, kami semua sangat selesa pakai kasut hiking Decathlon ni. So huda memang rekemen korang pun beli juga. Barulah semangat nak buat aktiviti hiking bersama keluarga tersayang. ( Harap lepas ni Decathlon sudi sponsor produk review pada ceritahuda.com, hihi)
Actually ni kali kedua rasanya The Arifs naik bukit besar, dulu pernah bawa diorang. Tapi time tu adik tak larat nak naik sampai atas, papa kena dukung.
Kali ni, adik rileks jer naik sampai atas. Huda risau juga kalau mereka tak larat, tapi Alhamdulillah semuanya okay. Huda pun pelik, huda sendiri tak rasa penat sangat. Haish lepas ni kena cabar diri pergi hiking bukit lagi tinggi dan cuba hiking trail yang lebih mencabar.
Pagi huda pergi hiking , malam pergi event masih kekal bertenaga, Alhamdulillah, syukur nikmat sihat dan rezeki masa yang Allah pinjam kan. Korang buat aktiviti apa anak-anak cuti sekoleh seminggu?
0 Comments