Advertisement

Shopping Kasut Hiking Untuk Satu Family di Decathlon


Shopping Kasut Hiking Untuk Satu Family di Decathlon |
Impian huda memang nak hiking semua bukit dan gunung di Malaysia, bila khatam semua bukit dan gunung di Malaysia, boleh lah hiking ke oversea pulak. Tinggi sungguh harapan. Hehe… Awal tahun ni, si adik mula berminat nak mendaki. Dia suka pergi tempat tinggi, enjoy the view. Sebelum ni adik memang tak minat nak bersenam sangat, so huda memang tak ajak dia pergi hiking mana-mana. Namun mungkin azam tahun baru 2022, si adik mula request nak pergi hiking , dan pasang impian nak hiking ke Sabah juga. InshaAllah one day kelak pasti tercapai dengan izin Allah.



Support minat adik, huda pun sediakan budget untuk beli kasut hiking satu family kami. Sebelum ni kami tiada kasut yang proper untuk hiking. Just guna sport shoes sedia ada. Itu la walking shoes, itu lah running shoes, itu lah hiking shoes.. So tahun 2022, nak lah beli proper shoes yang selesa dan beri semangat untuk kami sekeluarga pergi family hiking together..


Banyak kali dah survey di Shopee dan Lazada. Namun hati ni tertarik dengan hiking shoes di Decathlon. Sebelum pergi walk in ke store Decathlon, huda install apps dulu, register membership dan survey design kasut untuk dibeli. Dari apps juga huda dapat tahu, ada ke tak size yang huda nak beli .




Pilihan Hiking Shoes di Decathlon.


Memang best sangat shopping di sini, mudah nak cari untuk hiking shoes kami sekeluarga. Mula-mula huda pilih dulu hiking shoe untuk diri sendiri, kemudian fokus pada anak-anak dan akhir sekali suami.

Rezeki dapat layanan dari staff yang berpengalaman dan suka sport. Cara staff layan anak-anak huda pun sangat friendly. Best sungguh experience kami pertama kali shopping Hiking Shoes di Decathlon ni. Alhamdulilah.



Alhamdullilah, masa huda melangkah masuk ke Decathlon KL East, huda di sapa oleh seorang staff di sini dan terus assist dan siap bagi tips pilih size kasut hiking yang betul. Antara tips yang dikongsikan beliau adalah pilih kasut sedikit besar dari saiz biasa kita pakai, supaya ada ruang pada ibu jari kaki. Kalau tak , nanti ibu jari akan berasa sakit especially time nak turun bukit atau gunung. Kesan dari kesakitan itu, boleh sebab kan ibu jari jadi hitam.


Ini hasil survey di online melalui App Decathlon, dan pergi sendiri ke store untuk cuba dan terus beli. Mujur huda tak beli online, kalau tak mesti amik size yang biasa pakai sebab tak tahu tips pilih kasut hiking... 


Hiking Shoes Mama



Hiking Shoes Arif Haikal




Hiking Shoes Adik Arif Hakim






Hiking Shoes Papa





Settle shopping kasut di sini, round-round tengok apa yang ada. Decathlon yang kami pergi di KL East Mall ni merupakan cawangan Decathlon yang paling kecil. Huhu, ni pun puas juga cuci mata. Risau kalau pergi cawangan yang terbesar tak jumpa pintu keluar pulak nanti. Hehe..

Masa nak keluar pintu Decathlon , The Arifs ternampak jam tangan diorang yang mak long belikan time birthday last year. Lepas tu ternampak pulak Binocular. The Arifs request nak beli. Tak sampai hati cakap tak boleh, belikan lah jugak satu. Happy sunguh anak-anak shopping di sini..

Sekian sharing pengalaman shopping hiking shoes Decathlon pilihan kami sekeluarga. Next entry huda share gambar dan juga pengalaman kami hiking dengan pakai kasut hiking baru dari Decathlon! Can't wait!!! 

Post a Comment

0 Comments