Alhamdulillah, another wishlist 2021 checked! Pada 4 Disember 2021 huda dan keluarga luangkan masa seharian untuk menyertai Explorace Terengganu Comel 2021. Program Explorace Terengganu Comel 2021 merupakan sebuah program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Unit Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu (UBSNT).
1 Hari Sebelum Explorace Terengganu Comel 2021
Pada 3 Disember semua peserta kena hadir briefing di Muzium Terengganu.
Pada briefing ni kami didedahkan tentang jenis-jenis soalan antaranya berbentuk anagram, backwards, sama makna, dan juga pengetahuan am.
Pada briefing ni kami didedahkan tentang jenis-jenis soalan antaranya berbentuk anagram, backwards, sama makna, dan juga pengetahuan am.
Kami juga harus daftar untuk dapatkan sticker kereta, collect baju, dan duit minyak RM 50 .
Berbaloi juga bayar yuran pendaftaran RM 100 untuk sertai explorace ni, sebab dapat baju 4 untuk kami sekeluarga, dapat duit minyak RM 50 dan juga disediakan makan pagi, tengahari dan petang.
Pengalaman Pertama Kali Join Explorace Terengganu Comel 2021.
Seawal 7 pagi kami dah gerak dari rumah kami dan sampai dalam pukul 7.20 di dataran Drawbridge. Rezeki kami dapat que di bahagian depan , barisan kedua. Dapat tengok majlis perasmian yang berlangsung dalam keadaan hujan..hehe
Program ini telah disempurnakan oleh YB. Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu. Explorace kali ini disertai sebanyak 100 buah kenderaan serta merangkumi 400 orang peserta.
Route Explorace Terengganu Comel 2021
Yeah we are ready to race!
Drawbridge - Muzium Bukit Besi - Ajil - Muzium Negeri Terengganu
Ada dua fasa, fasa pertama belah pagi , memang kena drive jauh sampai ke Bukit Besi. Fasa kedua pula , drive dari tol Ajil sampai ke Muzium Negeri Terengganu
Salah satu destinasi yang dituju adalah di Muzium Bukit Besi. Program ini secara tidak langsung telah mempromosikan Muzium Bukit Besi sebagai produk pelancongan baharu yang wajib dikunjungi.
Sian The Arifs time ni, diorang nak jalan-jalan dalam Muzium ni, tapi mama papa kejar masa nak completekan Explorace fasa kedua pulak..
Tepat pukul 4.30 petang kami sampai sini. Dua kali kami hantar borang jawapan pada waktu yang lambat dan kena potong markah. So tak expect apa lah.. Takpe first time kan, at least we have fun along the way..
Alhamdulillah, dapat hadiah saguhati pun dah syok habis! Walaupun anak-anak sedih tak dapat duit kemenangan yang bernilai ribuan ringgit tu. Hehe... Tahun depan kita cuba lagi okay!
Habis majlis semua dah pukul 6 petang. memang kepenatan jugak lah. On the way balik, just drive thru McD dan rehat sampai esok pagi. Keesokannya baru kami unboxing hamper dapat semalam. Lumayan juga lah dalam hamper yang tinggi macam adik hakim ni..
InshaAllah, tahun depan nak join lagi sebab enjoy sungguh dapat join event camni! Dan capai hajat huda nak buat something different pada Anniversary kami yang ke 10 bulan disember 2021 ini. Syukur Ya Allah atas ruang dan peluang yang dipinjamkan... One of amazing memories created in 2021.
1 Comments